Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan
Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar selama 2 tahun itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pekerjaan sebagai guru merupakan kerjaya yang sangat mulia malah tidak semua mampu untuk melakukannya.
Ini kerana, menjadi guru mereka tidak hanya mengajar bahkan turut menjadi ‘role model’ kepada para pelajarnya.
Bukan hanya itu mereka yang menjadi guru ini juga seorang yang sangat sabar dan ‘passionate’ dalam menjalankan kerja mereka sebagai pengajar.
Guru diarah bayar semula RM21,616 duit gaji yang dibayar berlebihan
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang guru, Asniati dari Jambi, Indonesia. Namun niatnya mendidik sehingga bersara menyebabkan dia perlu memulangkan wang gajinya bernilai Rp75 juta (sekitar RM21,615).
Wanita yang merupakan seorang guru tadika itu telah diarah oleh kerajaan Indonesia untuk memulangkan duit berkenaan kerana dia sepatutnya berpencen pada usia 58 tahun namun tetap menerima gaji sehingga berusia 60 tahun.
Duit gaji diberi melebihi dari tahun sepatutnya guru terbabi pencen
Memetik Suara.com, guru wanita berkenaan mengakui dia telah diarahkan untuk memulangkan wang tersebut kerana ia telah diberi melebihi limit umurnya.
Wang sebanyak Rp75 juta berkenaan merupakan duit gaji yang dibayar untuk tempoh dua tahun selepas dia bersara.
“Saya sekarang diarah untuk memulangkan Rp75 juta kepada kerajaan, mereka memaklumkan (penjelasan daripada Agensi Pengurus Kewangan dan Aset Serantau) wang itu adalah lebihan bayaran sepanjang dua tahun saya bekerja sebagai guru tadika.
“Ini kerana masalah bersara sebagai guru, jadi duit itu terlebih bayar jadi harus dikembalikan ke pihak berkenaan,” ujarnya pada 3 Julai lalu.
Tak isytihar pesaraan sebagai guru tadika
Ujar guru berkenaan, dia bersara sebagai guru tadika adalah pada umur 58 tahun. Namun ketika berusia 58 tahun dia tidak mengisytiharkan pesaraannya sebagai guru sehingga berusia 60 tahun.
“Untuk dua tahun, saya telah mengajar dan datang ke sekolah dan menerima gaji seperti biasa termasuklah gaji yang ke 13.
“Saya pencen pada usia 58 tahun, saya sepatutnya berhenti serta-merta dan memberitahu untuk berhenti mengajar.”
Pada 2023, guru tadika itu telah menguruskan dokumen pencennya di Badan Kepegawaian Wilayah (BKD) Muaro Jambi, tetapi BKD tidak bertindak balas.
Selepas beberapa bulan, Asniati sekali lagi bertanya kepada pihak BKD berhubung dokumen yang telah dihantarnya pada tahun lalu. Namun BKD menjelaskan terdapat bayaran lebihan untuk tempoh dua tahun itu.
Tak dapat bayar, cikgu rasakan itu bukan salahnya
Walau bagaimanapun, guru tersebut memaklumkan dia tidak dapat membayar jumlah duit tersebut kepada Kerajaan Muaro Jambi. Malah dia juga mengatakan perkara itu bukanlah 100% salahnya sebaliknya ia adalah silap kerajaan.
“Malah jika saya perlu memulangkan duit itu, bagaimana dengan kerja saya lakukan selama dua tahun?” soalnya.