fbpx
Now Reading
Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu Shah Alam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil tahu tentang perkara yang melibatkan negara khususnya perkara asas seperti ibu negara, bilangan negeri dan ibu negeri.

Namun, entah di mana silapnya ada segelintir individu yang dilihat masih lagi sukar memberi jawapan yang tepat apabila ditanya soalan asas tentang negara ini contohnya seperti ibu negeri di Malaysia yang sudahpun diajar di sekolah.

Tidak Dapat Beri Jawapan Tepat Apabila Ditanya Tentang Ibu Negeri Selangor

Menerusi video di akaun TikTok @kuanyee28, satu eksperimen sosial telah diadakan di sebuah pusat membeli belah di Selangor.

Eksperimen itu bertujuan bagi menguji individu terpilih tentang pengetahuan mereka mengenai negara ini.

Pada mulanya, individu perlu memilih nombor satu hingga tiga bagi membolehkan mereka untuk melangkah ke peringkat seterusnya iaitu menjawab soalan.

Melalui video berkenaan, ada segelintir individu yang berjaya ke peringkat seterusnya setelah memilih nombor dua sebagai pilihan jawapan.

Mereka yang melepas peringkat seterusnya kemudiannya ditanya ‘Apakah ibu negeri Selangor?’.

Apa yang menyedihkan adalah kesemuanya gagal menjawab soalan yang mudah itu.

Ada segelintir individu yang menyatakan Kuala Lumpur merupakan ibu negeri Selangor.

Malah, ada juga yang turut memberi jawapan Petaling Jaya dan Bangsar sebagai ibu negeri ini.

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan yang tepat.

Malah, hos wanita itu sendiri yang memaklumkan kepada mereka bahawa Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor.

@kuanyee28

Which Shopping Mall i should go next? 🙆🏻‍♀️💰 #fyp #foryou #foryoupage #tiktok #malaysia #viral #viralvideo #viraltiktok

♬ original sound – KuanYee – KuanYee

Ramai Terkejut Individu Tidak Tahu Ibu Negeri Selangor

Menerusi video yang telah mendapat tontonan 1 juta itu, rata-rata pengguna terkejut dengan jawapan kesemua individu itu.

Rata-rata tidak menyangka ada individu yang menyatakan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor sedangkan ia merupakan ibu negara Malaysia.

Malah, ada yang menyifatkan individu yang tinggal di Selangor sepatutnya tahu dan peka tentang ibu negeri ini.

Namun, ada segelintir pengguna yang memahami sekiranya individu menerusi video berkenaan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kerana berkemungkinan mereka bukan orang Selangor.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Geramnya, Aku Bukan Negeri Selangor Pun Tahu, Paling Pelik Kuala Lumpur”

“Aku Yang Duduk Johor Ni Pun Tahu Ibu Negeri Selangor Shah Alam”

“Ada Wei Orang Tak Tahu Ibu Negeri Selangor”

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kecewa, Ada Rakyat Malaysia Tak Kenal Tunku Abdul Rahman [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tun Dr Mahathir?”- Ramai Terkejut Dengar Jawapan Gadis Ketika Ditanya Siapa PM Sekarang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Respon Gen Z Menyedihkan, Kenal Lisa Blackpink Tapi Tak Kenal Tunku Abdul Rahman [VIDEO]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.