Tular Jiran Perang Mulut Gara-Gara Rebut Parkir Punya Pasal [Video]
Jiran lelaki itu turut menjelaskan bahawa mereka telah lama meletakkan kenderaannya di kawasan itu serta telah membeli petak parkir daripada pihak berkuasa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Adab hidup berjiran menuntut orang ramai untuk saling menghomati, berbuat baik dan bertolak ansur antara satu sama lain.
Namun pada masa kini, tidak semua individu mempunyai hubungan yang baik dengan jiran.
Malah, ada juga yang langsung tidak mengenali jiran mereka dek kerana kesibukan kerja atau sikap individu itu sendiri yang enggan ambil tahu.
Apabila tiada persefahaman dan sikap tolak ansur, ia boleh menjadi punca salah faham dan pertengkaran walaupun pergaduhan itu berpunca dari hal kecil seperti parkir.
Minta Alihkan Kereta Dari Kotak Parkir, Siap Panggil Polis Bantu Selesaikan Masalah
Terbaharu, tular satu video yang memaparkan beberapa individu dari sebuah kejiranan rumah teres berperang mulut gara-gara berebut tempat parkir.
Melalui video yang dikongsikan di akaun TikTok @wannlemahh, kedengaran jiran lelaki itu menegurnya kerana mendakwa dia telah meletakkan kereta di bahagian parkir miliknya meskipun ia adalah kawasan terbuka.
Malah, jirannya itu turut meminta lelaki itu mengeluarkan kereta jenis Perodua Axia miliknya agar dia dapat meletakkan keretanya di situ.
“Dia suruh saya keluarkan kereta saya (Axia) dan parking di tempat lain. Katanya itu tempat parking dia,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.
Enggan mengalah, pemuda berkenaan menjelaskan kepada jirannya bahawa tempat parkir berkenaan bebas digunakan oleh sesiapa yang mendapatnya terlebih dahulu.
Bagaimanapun, kenyataan itu disangkal oleh jirannya dan mendakwa tempat itu merupakan parkir milik mereka.
LMereka turut menjelaskan bahawa mereka telah lama meletakkan kenderaannya di kawasan itu.
Lebih mengejutkan, dia mendakwa tempat parkir itu dibeli dari pihak berkuasa.
Enggan Parkir Kereta Dalam Rumah, Siap Block Kereta Pemuda
Menerusi video berasingan, pemuda berkenaan turut menunjukkan respon si jiran yang sanggup menghalang kereta miliknya kerana tidak berpuas hati apabila dia enggan mengalihkan kenderaan dari parkir itu.
Malah, tindakan jirannya dilihat agak keterlaluan kerana ia turut menghalang laluan utama.
Menurut pemuda berkenaan, mereka turut memanggil pihak polis bagi menyelesaikan perbalahan tersebut. Namun, polis yang datang ke tempat itu tidak dapat berbuat apa-apa.
“Kemudian setelah bergaduh mulut, mereka tak nak mengalah, terus bawa keluar kereta Proton Saga dalam pagar blok kereta saya.
“Polis datang pun tak jalan juga, minta tolong guys, ada cara lain tak?” tulis lelaki berkenaan menerusi ruang kapsyen.
Difahamkan, ruang parkir berkenaan berada di bahagian seberang rumah jirannya dan terletak bersebelahan rumah milik bapanya.
“Pembetulan, itu rumah ayah saya. Rumah ayah saya betul-betul dekat corner lot simpang tiga tu, kenapa dia tak park je depan pagar rumah dia sendiri? Seboleh-boleh suruh saya keluar dari situ,” tulis pemuda itu lagi.
Video Undang Pelbagai Reaksi Dari Pengguna TikTok
Video yang mendapat tontonan lebih 2.6 juta itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata daripada pengguna TikTok meluahkan rasa hairan dengan jiran lelaki itu yang tetap berkeras bahawa ruangan itu parkir miliknya walaupun tempat letak kereta itu merupakan tempat awam dan bebas digunakan oleh siapa-siapa.
Namun, ada juga yang menyalahkan kedua-dua mereka kerana masing-masing dilihat tidak mahu mengalah dan tetap dengan pendirian.
Berikut antara komen warganet:
“Nak Tahu Kenapa Kereta Merah Tu Tak Parkir Dalam Gate Rumah Diorang Sendiri”
“Parking La Dekat Rumah Masing-Masing, Kan Ada Ruang, Kenapa Nak Gaduh-Gaduh”
“Rumah Pagar Yang Paling Dekat Dialah Yang Punya”
Baca Artikel Berkaitan: Fed Up Dengan Jiran Yang Suka Parkir Depan Rumah Anda, Peguam Ini Kongsi Langkah Yang Patut Anda Lakukan
Baca Artikel Berkaitan: MPBG Keluarkan Notis Jika Letak Kenderaan Di Depan Rumah Sendiri Atau Jiran