fbpx
Now Reading
Aksi Comel Kanak-Kanak Jadi Penjaga Gol Buat Ramai Terhibur [Video]

Aksi Comel Kanak-Kanak Jadi Penjaga Gol Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video kelihatan kanak-kanak berkenaan bergerak ke kiri dan kanan seperti tidak keruan sewaktu menjadi penjaga gol.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan sukan bola sepak diminati oleh ramai khususnya golongan lelaki. Malah ada juga yang dari kecil telah menyimpan hasrat yang tinggi untuk menjadi pemain bola sepak kerana minat yang mendalam pada sukan tersebut.

Oleh itu, para guru serta ibu bapa perlulah menyokong minat mereka dengan memberi ‘exposure’ seperti pengalaman serta ilmu tentang permainan berkenaan.

Malah kita juga dapat melihat adakalahnya di sekolah para pelajar turut diberi peluang untuk bermain bola sepak apabila mengadakan acara perlawanan dalam sekolah atau ketika waktu riadah.

Kanak-kanak main bola sepak undang perhatian

Baru-baru ini, seorang pelajar turut tidak terlepas untuk bermain bola sepak sehingga keletahnya menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang tular, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang memakai baju hijau telah menjadi penjaga gol sewaktu permainan itu berlangsung.

Malah dia turut dilihat lengkap memakai sarung tangan bagi memudahkannya menangkap bola.

Turut dilihat aktif bergerak kiri kanan ketika berada di depan pintu gol

Apa yang lebih menjadi perhatian, ketika bola hampir menghampirinya dia dilihat bergerak ke kiri dan kanan seperti sedang bersedia sekiranya bola akan dijaringkan.

Meskipun hanya berada di pintu gol, namun dia tetap mengikut arah bola berkenaan malah masih melakukan perkara sama walaupun bola sudah dibawa ke bahagian tengah.

Gelagat si kecil main bola buat ramai terhibur

Pekara itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai terhibur melihat keletahnya ketika bermain bola sepak.

Melihat di ruangan komen, ada yang berpendapat kanak-kanak lelaki itu mungkin ingin melatih ketangkasannya.

Tidak kurang juga ada yang merasakan kanak-kanak itu mempunyai peluang yang lebih apabila sudah besar kelak.

“Adik ni main bola ke galah panjang tu?”

“Siapa jurulatih yang latih adik ni baik bertanggungjawab”

“Boleh pergi jauh ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.