fbpx
Now Reading
“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu mempunyai ciri atau kriteria yang telah ditetapkan dalam pemilihan bakal suami atau isteri.

Bagi wanita, ada segelintir yang menetapkan bakal teman hidup perlu mempunyai gaji tertentu untuk berkahwin dengan dirinya.

Keadaan ini kadang kala boleh menyebabkan sesetengah lelaki berasa sukar untuk memenuhi permintaan tersebut ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat naik.

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita Rusia yang tidak kisah dengan pendapatan bulanan bakal suaminya. Ini membuatkan ramai lelaki teruja dan berseloroh mahu ke negara Eropah itu untuk mendapatkan jodoh.

Baca Artikel Berkaitan: “Asalkan Cukup” – Wanita Rusia Tak ‘Demand’ Bakal Suami Bergaji Tinggi Raih Perhatian Ramai [Video]

Gadis Cina Tak Kisah Bakal Suami Gaji Berapa

Terbaharu, seorang gadis berbangsa Cina turut menzahirkan perkara yang sama di mana dia tidak kisah dengan pendapatan bulanan bakal suaminya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @yoofriends, wanita itu ditemubual oleh seseorang tentang gaji yang perlu dimiliki oleh seorang lelaki jika mahu menjadi suaminya.

Apa yang mengejutkan adalah jawapan amoi cantik itu yang menyatakan dia tidak kisah tentang pendapatan bakal teman hidupnya.

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung dia dan keluarga sudah cukup baginya.

“Saya tak kisah. Asalkan dia mampu tanggung komitmen bersama, okay la,” kata wanita itu.

Tidak percaya dengan jawapan yang diberikan, lelaki itu sekali lagi bertanyakan tentang lingkungan anggaran gaji bulanan bakal suaminya.

“Jadi dalam lingkungan RM berapa?” tanya lelaki itu.

“Sekitar RM2,000 ke RM3,000,” jawab wanita itu.

Faham Bukan Senang Untuk Miliki Gaji Stabil

Lelaki itu kemudiannya bertanyakan kepada wanita itu kenapa dia memberikan jawapan sedemikian.

Jelas wanita itu, dia memahami bukan mudah untuk seorang lelaki mempunyai gaji yang stabil pada ketika ini.

Malah, dia sendiri turut menjelaskan akan bekerja bagi membantu bakal suaminya itu.

“Sebab saya faham bukan senang lelaki untuk gaji stabil, saya pun boleh bekerja, maksudnya saya boleh tolong dia sampai dia dapat gaji yang stabil,” kata wanita itu lagi.

Pengguna TikTok Teruja

Video yang telah mendapat lebih 600 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai pihak. Rata-rata pengguna TikTok khususnya lelaki bujang teruja mendengar jawapan wanita itu.

Malah, ada yang turut membandingkan wanita itu dengan segelintir wanita lain yang demand bakal suami bergaji tinggi.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Ini Baru Jawapan Betul, Dia Pun Boleh Faham Lelaki Susah”

“Tak Semua Tapi Memang Amoi Pemikiran Macam Ini Termasuk Bini Aku”

“Ada Tiga Option Dah Ni, Cina, Rusia & Jepun”

“Sebab Tulah Ramai Lelaki Nak Amoi”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.