fbpx
Now Reading
Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China dan warga asing lain dengan bayaran serendah $2 (RM9.42) sehingga $3 (RM14.12) untuk sejam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai yang mengidam untuk memiliki barangan jenama mewah disebabkan kualiti dan jenama yang ‘gah’. Namun tidak semua mampu memilikinya dek kerana harga yang mahal.

Bahkan ada juga yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit untuk satu barangan apatah lagi jika koleksi itu merupakan keluaran terhad.

Dior & Armani didakwa upah kontraktor migran dengan bayaran rendah

Baru-baru ini jenama fesyen terkenal, Dior dan juga Amani telah menjadi perhatian selepas ia didakwa telah mengupah kontraktor warga asing dengan bayaran yang murah dalam menghasilkan beg tangan mewahnya.

Memetik Skynews, pegawai penguatkuasa undang-undang Eropah berkata jenama terbabit membayar pekerja serendah $2 (RM9.51) untuk membuat beg tangan walhal ia dijual pada harga beribu-ribu dolar untuk setiap unit.

Kenakan bayaran kepada pembekal sebanyak RM266 untuk pengeluaran beg tangan

Menurut The Wall Street Journal, Dior yang juga jenama fesyen mewah mutinasional Perancis dan dimiliki hartawan Bernard Arnaut sekeluarga telah membayar pembekal sebanyak $57 (RM266.23) untuk seutas beg tangan.

Namun beg tangan tersebut dijual pada harga yang mahal iaitu sekitar $2,780 (RM13,092).

Armani pula bayar RM1,271 kepada pihak pembekal

Manakala jenama Armani yang berasal dari Milan pula membayar sebanyak $270 (RM1,271.55) kepada pihak pembekal untuk membuat beg tangan dan ia dijual di pasaran pada harga bawah $2,000 (RM9,418.63).

WSJ turut melaporkan pihak berkuasa di Milan berjaya memperoleh angka tersebut selepas menjalankan beberapa siri serbuan terhadap bengkel serta kilang yang turut menggajikan pekerja asing tanpa izin dan lain-lain ‘yang tiada dalam rekod’.

Bayar serendah $2 hingga $3 untuk sejam, pekerja tidur dibengkel kena kerja walaupun hujung minggu

Pendakwa raya di Milan juga mendakwa syarikat terbabit telah mengupah subkontraktor yang menggajikan pekerja dari China dan warga asing lain dengan bayaran serendah antara $2 (RM9.42) hingga $3 (RM14.12) sejam.

Selain itu, pekerja terbabit turut didakwa tidur di bengkel serta dipaksa bekerja pada waktu malam sehingga awal pagi termasuk pada waktu cuti dan hujung minggu.

3 jenama mewah diletakkan di bawah pentadbiran mahkamah selepas didakwa menganiaya pekerja asing

Pada bulan lalu, hakim di Itali telah mengarahkan syarikat Dior, Armani serta Alviero Martini Spa yang juga syarikat fesyen mewah, diletakkan di bawah pentadbiran mahkamah selepas perbuatannya menganiaya pekerja asing.

The Post juga cuba mendapatkan komen daripada pihak Dior, Armani dan Alviero berhubung perkara tersebut.

GA Operations nafi salah laku yang didakwa

Sumber luar Armani iaitu produk GA Operations yang menghasilkan pakaian, aksesori dan hiasan rumah untuk jenama Giorgio Armanai Grup telah menafikan salah laku itu.

“Syarikat berkenaan sentiasa mempunyai langkah kawasal dan pencegahan untuk meminimumkan penyalahgunaan dalam rantaian bekalan.

“GA Operations akan bekerjasama dengan ketelusan sepenuhnya dengan badan berwibawa untuk menjelaskan kedudukannya berhubung isu itu,” ujar Armani dalam satu kenyataan.

Menurut polis, GA Operations mengupah subkontraktor yang kemudian bertindak mengupah subkontraktor China yang tak dibenarkan dan segelintir darinya berada di Itali secara haram.

Jelas polis, ia adalah sebahagian daripada sistem caporalato, penghantaran haram dan ekspoitasi pekerja yang paling kerap dikaitkan dengan sektor pertanian.

Sebanyak empat pemilik kilang China telah berdepan dengan siasatan jenayah berasingan atas peranan mereka.

GA tidak berada dalam siasatan tapi diletakkan di bawah pentadbiran kehakiman untuk setahun

Kata Carabinieri Lt, Col Loris Baldassarre, operasi GA, bagaimanapun tidak berada di bawah siasatan namun telah diletakkan di bawah pentadbiran kehakiman sehingga setahun sebagai sebahagian daripada prosedur untuk memastikan operasi undang-undang.

Satu gambar rajah yang dikeluarkan oleh polis turut menunjukkan subkontraktor China telah dibayar sebanyak €93 (RM474.11) untuk sebuah beg tangan syarikat fesyen yang dijual pada harga sekitar €1,800 (RM9,175.74).

Manakala subkontraktor yang diberi kuasa bertindak sebagai orang tengah namun tidak berupayaan untuk membuat pengeluaran telah dibayar sebanyak €157 (RM800).

“Sistem ini membolehkan untuk memaksimumkan keuntungan (di mana) kilang China sebenarnya mengeluarkan produk, mengurangkan kos buruh dengan menggunakan pekerja ‘tak direkod’ dan pekerja haram,” kata polis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.