fbpx
Now Reading
Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa makan makanan pedas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu pasti mempunyai citarasa tersendiri terhadap makanan, sebagai contoh ada yang sukakan pedas, manis, masin, masam dan sebagainya.

Malah bagi segelintir pengemar makanan pedas pastinya mereka akan menggunakan cili yang lebih untuk memastikan hidangan tersebut kena dengan citarasanya.

Cara lelaki makan bihun sup raih perhatian

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki yang membuatkan ramai terkesima sebaik melihat tindakannnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nurkhalida di TikTok, awalnya kelihatan lelaki tersebut telah memesan semangkuk kuetiau dan bihun sup di sebuah kedai makan.

Letak semangkuk sambal dan cili potong

Namun apa yang menjadi perhatian, lelaki terbabit telah bertindak meletakkan satu mangkuk kecil sambal dan beberapa sudu cili potong ke dalam hidangan makanan tersebut.

Tindakan lelaki yang dipercayai berasal dari utara itu, telah membuatkan individu yang berdekatan terkejut.

“Tak pedas ke?” soal seorang individu.

Minta jangan bimbang kerana letak banyak sambal dan cili

Lelaki itu kemudian menjawab tidak, sebaliknya turut bertanya jenis cili yang digunakan malah turut meminta orang itu tidak bimbang kerana dia sering makan begitu.

“Saya tahulah saya selalu makan, jangan risau,” kata lelaki berkenaan.

Sebaik menghirup sup yang telah diletakkan sambal dan cili itu, lelaki berkenaan memuji ianya berasa sedap. Malah dia kelihatan sangat bersahaja sewaktu memakan makanan berkenaan.

Ramai turut rasa terliur tengok lelaki makan bihun sup

Melihat di ruangan komen, ramai yang terliur melihat lelaki itu memakan bihun sup berkenaan. Malah ada yang turut bertanya di manakah lokasi kedai makan berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang bimbang melihat lelaki tersebut memakan makanan yang dianggap terlalu pedas kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti usus luka dan sebagainya.

Menerusi carian kami, video ini telah dimuat naik pada 26 Jun yang lalu dan menjadi sohor di media sosial.

“Best ni, sedap woi”

“Ya Allah boleh putus usu macam ni. Confirm pedas, saya pun dah tak boleh makan pedas dah lepas kena ulser terus tahun lepas”

“Abang ni kena datang last sebelum kedai tutup. Jangan bawak abang ni makan masa kedai baru buka. Nanti orang lain tak merasa cabai tu”

“Ni aku makan, pedih berdenyut pintu belakang.. azab”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.