Pengumumam Skechers Jadi Penaja Rasmi Kasut Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris Undang Kritikan
Pengumuman jenama Skechers sebagai penaja rasmi kasut untuk kontinjen Malaysia ke Olimpik 2024 mencetuskan perdebatan selepas ada yang mendakwa ia merupakan jenama yang kini dalam senarai boikot.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, baju atlet Malaysia yang akan dipakai untuk acara temasya Sukan Olimpik 2024 ke Paris telah menjadi bualan hangat selepas ia dipersembahkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 23 Jun lepas.
Malah ada yang berpendapat baju tersebut tidak cukup ‘gah’ untuk dipakai bagi acara besar tersebut.
Ekoran respon yang diterima itu, pada 2 Julai lalu pihak MOM kemudian memperkenalkan pakaian baharu yang akan dipakai oleh atlet sepanjang acara itu berlangsung.
Baca artikel berkaitan: MOM Perkenal Pakaian Baharu Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris, Tampil Dengan Corak Lebih Garang
Skechers jadi penaja rasmi kasut kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024
Namun baru reda dengan isu baju tersebut, kini jenama penaja kasut pula menjadi bualan hangat orang ramai di media sosial.
Perkara itu menjadi perhatian, selepas tular di media sosial memaparkan Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin, Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Hamidin Mohd Amin, atlet penerjun negara iaitu Nur Dhabitah Sabri serta dua lagi individu sedang memegang kasut sukan jenama Skechers.
Menerusi hantaran tersebut, ia memaklumkan Skechers telah menjadi penaja rasmi untuk kasut kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada 26 Julai ini.
Skechers sebagai penaja rasmi kasut kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024!@ASTROARENA #GoForGold pic.twitter.com/ORNYC7NtHq
— Fariha Razak (@farihaarazak) July 4, 2024
Ramai kurang senang, Skechers tersenarai dalam jenama perlu diboikot
Hantaran itu secara tidak langsung telah mengundang rasa kurang senang orang ramai selepas ada dakwaan yang mengatakan jenama kasut terbabit menyokong Israel.
Dakwa beberapa pengguna media sosial, ini kerana pengasas bersama jenama antarabangsa itu iaitu Michael Greenberg adalah seorang penyokong rejim Zionis.
Ia berhubung satu posting tular yang pernah dimuat naik Greenberg di Instagram.
Namun carian kami di Instagram tidak menemui posting yang dimaksudkan.
#Skechers owner is a Zionist and supports the terrorist Israel. #Skechersboycott pic.twitter.com/d2HuhfwiR0
— Brief NEWS for YOU (@TravelPict44391) November 6, 2023
Skechers ada dalam senarai boikot The Witness, namun tiada dalam senarai BDS
Malah ada yang mendakwa telah membuat semakan di laman Boycott The Witness yang menunjukkan jenama kasut itu tersenarai sebagai salah satu produk yang perlu diboikot sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin.
Semakan kami di akaun pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) bagaimanapun tidak menemui sebarang senarai yang mengaitkan Skechers dalam senarai boikot.
https://t.co/l2jcyqyQ9F pic.twitter.com/RElkqFXfcR
— RJ (@RJ96095591) July 4, 2024
Penajaan rasmi kontinjen Malaysia bawah MOM?
Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa penajaan rasmi untuk kontinjen Malaysia untuk acara temasya adalah di bawah tanggungjawab MOM dan ia luar daripada bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun Majlis Sukan Negara (MSN).
Malah ada juga yang menyelar perkara itu dengan berpendapat tidak adakah mana-mana pihak yang membuat kajian terlebih dahulu berhubung jenama kasut berkenaan.
Kenapa tak ambil kasut jenama tempatan?
Dalam masa sama, ada yang tertanya-tanya mengapa pihak bertanggungjawab tidak memilih jenama tempatan seperti Voltra.
Setakat ini belum ada apa-apa respon dari pihak berkaitan termasuk KBS dan MOM berhubung perkata ini.
Berikut antara komen yang diberikan netizen.