fbpx
Now Reading
Tak Berdosa Isteri Tak Mahu Pakai Niqab Yang Dibeli Suami – UAI [Video]

Tak Berdosa Isteri Tak Mahu Pakai Niqab Yang Dibeli Suami – UAI [Video]

Ustaz Azhar Idrus bagaimanapun berkata, golongan wanita yang tidak berniqab haruslah tidak bertabarruj pada wajahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Niqab merupakan sejenis kain yang menutupi wajah wanita dan hanya memperlihatkan kedua-dua matanya.

Tujuan wanita memakai niqab adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain terutamanya lelaki bukan mahram terhadap dirinya. Namun, perlu diingatkan pakaian niqab bukanlah sesuatu yang wajib.

Bagaimanapun, apakah hukumnya sekiranya isteri tidak mahu memakai niqab yang dibelikan oleh suaminya?

Persoalan ini diterima oleh Ustaz Azhar Idrus dalam satu kuliah Maghrib dan sesi soal jawab agama di sebuah masjid pada baru-baru ini.

Tak berdosa isteri tak mahu pakai niqab dibeli suami

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun YouTube milik pendakwah selebriti itu, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI berkata seorang isteri yang tidak mahu memakai niqab yang dibeli suaminya adalah tidak berdosa.

Menurut UAI, bagaimanapun golongan wanita yang tidak berniqab haruslah tidak bertabarruj pada wajahnya.

“Kerana tabarruj pada mukanya (wanita) menyebabkan tarikan kepada lelaki, takut-takut jatuh pada dosa,” katanya.

Sebaik-baiknya isteri taat suruhan suami

Menurutnya lagi, UAI menasihati para isteri sebaik-baiknya taat kepada suruhan suami selagi mana perkara itu tidak dilarang syarak.

Jelas UAI, ini kerana syurga seorang wanita adalah bersama suaminya dan bukan lagi ibu bapanya selepas dia mendirikan rumah tangga.

“Orang perempuan yang derhaka kepada suami, kemudian bercerai dan bernikah pula dengan suami yang kedua, jadi isteri yang taat, tak lepas dia di akhirat dengan dosa suami pertama.

“Kalau suami (lama) tak halalkan juga, masuk neraka dia walaupun dia jadi isteri solehah (untuk suami baru), faham? Kena hati-hati,” katanya lagi.

Apa itu tabarruj?

Sekadar info, tabarruj membawa maksud seorang wanita yang menunjukan kecantikkannya di hadapan lelaki bukan mahram.

Antara contoh wanita bertabarruj ialah dengan memakain pakaian yang ketat, pakaian yang mendedahkan auratnya sebahagian atau sepenuhnya dan memakai alat solek di wajahnya.

Semua perkara-perkara ini termasuk dalam bentuk tabarruj yang dilarang dalam syarak.

Pun begitu, Islam tidaklah melarang seseorang wanita untuk berhias, tetapi perlu tahu batas-batas yang dibenarkan syarak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.