Teknologi AI Boleh Tukar Gambar Lama Jadi Video Pendek Raih Perhatian Ramai [Video]
Menerusi proses suntingan yang dilakukan itu, individu-individu yang berada di dalam gambar berkenaan boleh bergerak dan menunjukkan reaksi seperti tersenyum, ketawa dan sebagainya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan, teknologi Kecerdasan Buatan (AI) pada masa kini amatlah memudahkan urusan seharian manusia.
Ada yang menggunakan ‘Artificial Intelligence’ ini untuk mencari maklumat dan ada juga yang menggunakannya untuk menyunting gambar atau video seperti diinginkan.
Bagaimanapun, adakah teknologi AI yang semakin pintar ini disenangi ramai atau masih ada individu-individu yang berasa terancam sekiranya sistem itu mampu melakukan apa sahaja yang tidak dijangkau manusia.
Tular teknologi AI boleh edit gambar jadi video
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu aplikasi AI dipercayai daripada China yang mampu menyunting gambar menjadi sebuah video pendek.
Menerusi proses suntingan yang dilakukan itu, individu-individu yang berada di dalam gambar berkenaan boleh bergerak dan menunjukkan reaksi seperti tersenyum, ketawa dan sebagainya.
Macam video sebenar diambil, tak nampak seperti edit
Lebih menakjubkan, hasil akhir daripada suntingan berkenaan juga benar-benar kelihatan seperti video sebenar dan bukannya sebuah gambar yang telah disunting.
Menerusi ciapan di akaun X @visualfeastwang, kelihatan gambar-gambar yang disunting menjadi sebuah video pendek itu diambil daripada foto lama.
“Tukar gambar-gambar lama menjadi video dengan AI,” ringkas ciapnya.
Dalam video terbabit, kelihatan gambar tiga buah keluarga dipercayai foto ibu bersama anak-anaknya
Individu dalam gambar boleh bergerak senyum, ketawa dan makan
Setelah AI menyunting gambar tersebut menjadi video pendek, kelihatan wanita dan kanak-kanak itu bergerak, ada yang tersenyum ketawa dan ada yang seperti si ibu sedang memandang ke arah anaknya dan berbual sesuatu.
Tidak hanya itu, gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak sedang memegang makanan juga telah ditukarkan kepada video budak terbabit sedang memakan makanan berkenaan.
Turn old photos into videos with AI pic.twitter.com/VLpCqBj0X9
— Visual feast (@visualfeastwang) July 4, 2024
Ada yang gemar dan kurang senang dengan fungsi AI edit gambar jadi video
Perkongsian terbabit mendapat perhatian ramai di mana ada yang menggemari fungsi AI berkenaan dan ada juga yang tidak menyukainya.
Segelintir individu yang melihat hasil suntingan gambar berkenaan menjadi video berasa kurang senang apatah lagi jika ia melibatkan foto individu-individu yang telah tiada.
This makes me feel uneasy
— marwood (@v_withnail) July 4, 2024
I think I'll leave my memories as they are. Maybe worse than plucking flowers is planting plastic flowers in the place.
— Mgore85 (@mgore85) July 4, 2024
Bagaimanapun, ada juga orang yang beranggapan ia sebagai sesuatu yang menarik untuk dicuba dengan meminta nama aplikasi AI berkenaan.
Difahamkan, ini bukanlah aplikasi AI pertama yang boleh menukar gambar menjadi video, bahkan terdapat juga beberapa aplikasi lain turut mampu melakukan perkara sama.
Berikut antara AI yang dicadangkan pengguna X:
- MyHeritage
- DeepArt
Use AI tools like MyHeritage, DeepArt, or Adobe Premiere Pro for automatic photo-to-video conversion. Simply upload photos, adjust settings, and AI will make videos.
— Hommie (@Hommie_R1) July 4, 2024
This is cool🤩
— Cinzia Molinari (@CINZIAMOLINARI4) July 4, 2024
What's the name of this tool, please?
— Olheiro Scout (@olheiroscout1) July 4, 2024
Harry Potter's style…
— Erval (@Erval17586101) July 4, 2024