fbpx
Now Reading
Aksi Mat Salleh Kutip & Beri Semula Sampah Dibuang Pemandu Kereta Raih Pujian [Video]

Aksi Mat Salleh Kutip & Beri Semula Sampah Dibuang Pemandu Kereta Raih Pujian [Video]

Difahamkan, pemandu kereta itu telah membuang sampah dari kenderaannya dalam kesesakan jalan raya berlaku di pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika dalam perjalanan pergi bercuti atau menuju ke sesuatu lokasi, kebanyakan orang pasti akan melakukan sesuatu bagi menghilangkan kebosanan lagi-lagi bila terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Ada yang membeli makanan dan menikmatinya di dalam kenderaan, ada juga yang menghisap rokok bagi menghapuskan rasa bosan tersebut.

Tidak semua namun ada segelintir individu tidak bertanggungjawab sanggup membuang sisa atau sampah yang telah digunakan keluar daripada kenderaan sendiri.

Perbuatan ini sememangnya boleh mencemarkan persekitaran dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Namun, siapa sangka ada segelintir individu yang berani ‘mengajar’ pelaku ini dengan cara memulangkan semula sampah berkenaan.

Buang Sampah Ikut Tingkap Kereta Ketika Kesesakan Jalan Raya

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @planktontree, seorang pelancong luar negara atau sinonim dengan panggilan Mat Salleh dilihat ‘mengajar’ seorang pemandu kereta tidak bertanggungjawab yang telah membuang sampah ke luar kereta.

Menerusi video berkenaan, kelihatan pelancong tersebut mengutip sampah yang dibuang oleh pemandu kereta itu dan memberikannya semula melalui tingkap berkenaan.

Difahamkan, pemandu kereta dipercayai jenis Honda itu telah membuang sampah melalui tingkap kenderaannya ketika tersangkut dalam satu kesesakan jalan raya di pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang.

“Ada satu kereta Honda ni, buang sampah ikut tingkap kereta. Lepas tu ada mat saleh dekat belakang tu, keluar dari kereta dia.

“Lepas tu, kutip sampah yang orang tu buang dan campak semula sampah ke dalam kereta Honda tu.

“Memang puas hati tengok. Malu dekat tourist perangai orang kita ini,” tulis pemilik video berkenaan.

@planktontree

Kan dah malu. Tlg la jangan buang sampah merata. Malu la sikit dekat tourist dengan perangai kita ni. #cameron #dashcamfootage #perangaiorangkita #littering

♬ Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Video Buat Pengguna TikTok Puas Hati

Video tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna TikTok. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada mereka memuji tindakan pelancong tersebut yang dilihat seperti ‘mengajar’ pemandu kereta berkenaan.

Malah, ada yang turut hairan dengan sikap pemandu itu yang selamba dan tiada rasa bersalah membuang sampah keluar daripada kereta.

Ada segelintir pengguna TikTok yang turut berasa malu dengan tindakan pemandu kereta itu hingga ada yang menasihati pemandu kereta tersebut agar membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

Buang Sampah Keluar Kenderaan Boleh Dikenakan Denda

Tahukah anda, tindakan membuang sampah keluar daripada kenderaan boleh dikenakan denda? Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), perbuatan membuang sampah bukan sahaja boleh mencemarkan alam sekitar tetapi turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Individu yang bertindak sedemikian boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dengan denda maksimum RM300.

SEMBANG TRAFIK KESALAHAN MEMBUANG SAMPAH DARIPADA KENDERAAN Amalan menjaga kebersihan persekitaran bukan sahaja…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Monday 15 July 2019

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Good Job Mat Salleh”

“Malu Weh, Orang Luar Lagi Jaga Kebersihan Negara Dari Rakyat Sendiri”

“Kalau Bukan Kita Sebagai Manusia Berakal, Siapa Lagi Nak Jaga Alam Sekitar Ini, Bagus La Buat Macam Tu”

“Dalam Kereta Sediakan Plastik, Saya Beli Dekat E*o Je, Jumpa Tong Sampah, Buang La”

Baca Artikel Berkaitan: Sikap Individu Selamba Buang Sampah Keluar Tingkap Kereta Toyota Vios Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dipercayai Warga Singapura Tunjuk Biadap Buang Sampah Atas Jalan Undang Kecaman Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.