fbpx
Now Reading
“Menyusahkan Orang” – Pemandu Myvi Selamba ‘Double Park’ & Tarik Brek Tangan Dikecam Ramai [Video]

“Menyusahkan Orang” – Pemandu Myvi Selamba ‘Double Park’ & Tarik Brek Tangan Dikecam Ramai [Video]

Difahamkan, pemandu Myvi berkenaan ada meninggalkan nombor telefonnya, namun tidak mengangkat ketika dihubungi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Parkir berganda (double parking) bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia, bahkan ia turut berlaku di serata dunia.

Di negara ini, kebanyakan pemandu akan melakukan double parking di kawasan yang kotak parkirnya sudah dipenuhi kereta.

Pun begitu, individu yang melakukan perkara terbabit kebiasaannya tidak akan menarik brek tangan (handbrake) bagi memudahkan pemandu yang ingin keluar daripada kotak parkir mengalihkan kenderaannya.

Namun ada juga kes di mana jalan yang berbukit menyebabkan mereka terpaksa menarik handbrake dan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Tular pemandu Myvi selamba double parking siap tarik handbrake

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan orang ramai terpaksa mengangkat sebuah kereta yang sedang parkir berganda didakwa dalam keadaan handbrake ditarik.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @lutfiretnbp, kereta jenis Perodua Myvi itu terpaksa dialih oleh orang ramai kerana sebuah kereta ingin keluar daripada kotak parkir namun terhalang dengan kenderaan terbabit.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah kawasan inap desa di Cameron Highlands, Pahang pada hujung minggu lalu.

Orang ramai pakat bersorak ketika kereta sedang diangkat

Dalam video terbabit, turut kedengaran orang ramai yang ada di kawasan terbabit bersorak semasa kereta tersebut sedang dialihkan.

“(Orang di) Cameron Highlands bersorak akibat (Myvi) double parking,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@lutfiretnbp

cameron highland bersorak Akibat double park 😀😀😀🤣🤣 #cameronhighland

♬ original sound – xxmasterofoxx – xxmasterofoxx

Dah lama hon tapi owner kereta tak muncul-muncul

Difahamkan, pemandu kereta yang sedang dihalang oleh Myvi terbabit telah lama membunyikan hon, namun pemilik kenderaan double parking itu tidak muncul-muncul untuk mengalihkannya.

Tidak hanya itu, pemandu Myvi berkenaan juga meninggalkan nombor telefonnya, namun tidak mengangkat ketika dihubungi.

Pemilik Myvi itu hanya muncul untuk mengalihkan kenderaannya selepas kereta itu sudah dialihkan oleh orang ramai.

@lutfiretnbp

Replying to @Md_adlan ni haa owner king hadir, terus kena berjemaah kt tmpat kejadian tak sempat bukak side mirror kawan tu terus gerak 🤣🤣 #cameronhighland

♬ original sound – xxmasterofoxx – xxmasterofoxx

Netizen pakat kecam tindakan pemandu Myvi tersebut

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu Myvi terbabit yang memarkir berganda dalam keadaan handbrake di tarik.

Malah, ada juga yang memuji sikap orang ramai yang membantu mengalihkan kenderaan terbabit tanpa melalukan sebarang perbuatan khianat seperti memecahkan cermin atau mencalarkan badan kereta tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.