Peniaga Jual Nasi Hujan Panas Siap Lauk Ayam Harga RM3 Raih Pujian [Video]
Difahamkan, peniaga nasi hujan panas itu berniaga di hadapan 7-Eleven di Pekan Telok Mas, Melaka dan hanya beroperasi selama tiga hari iaitu Isnin, Selasa dan Rabu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Harus diakui, peningkatan harga barang yang melibatkan bahan mentah sememangnya memberi kesan kepada orang ramai.
Golongan peniaga antara yang tersepit dengan kenaikan itu hingga rata-rata terpaksa mengambil langkah dengan menaikkan harga barang yang dijual bagi menampung kos operasi.
Namun pada masa kini, amat sukar untuk berjumpa peniaga yang masih mengekalkan harga makanan yang berpatutan kepada pengguna.
Jual Nasi Hujan Panas Berlaukkan Ayam Hanya Dengan RM3
Berbeza pula dengan seorang peniaga makanan di Melaka apabila masih menjual nasi berlaukkan ayam pada harga RM3.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @ceokakireview, lelaki berkenaan telah datang ke gerai peniaga wanita itu dan bertanyakan apa yang boleh diperolehi dengan nilai RM3.
Apa yang mengejutkan adalah peniaga itu menjelaskan dia boleh membeli nasi hujan panas berlaukkan ayam dengan nilai tersebut.
“Dapat nasi, dengan ayam, ada ayam masak merah, kari ayam dan ayam masak kicap” kata peniaga itu.
Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh peniaga berkenaan, kedengaran lelaki itu berulang kali meminta kepastian dengan apa yang didengar.
Apa yang turut menjadi perhatian adalah nasi yang diisi oleh peniaga wanita itu merupakan nasi hujan panas dan bukanlah nasi kosong semata-mata.
Malah, dia dilihat turut mengisi nasi tersebut dalam kuantiti yang banyak hingga memenuhi ruang bekas makanan yang digunakan.
Hanya Buka Gerai Selama Tiga Hari
Difahamkan, peniaga itu berniaga di hadapan kedai serbaneka 7-Eleven di Pekan Telok Mas, Melaka dan hanya beroperasi selama tiga hari iaitu Isnin, Selasa dan Rabu.
“Saya buka pukul 11.00 pagi sampai 2.30 petang paling lewat, kalau habis awal, balik awal,” kata peniaga itu lagi.
Pengguna TikTok Terkejut Dengan Harga, Ramai Anggap Murah
Mengintai ke ruangan komen, kebanyakan warganet menyifatkan harga yang dijual oleh wanita itu amat murah dan sukar untuk ditemui pada masa kini.
Malah, ada yang mendoakan agar peniaga berkenaan dimurahkan rezeki kerana menjual harga sedemikian.
Hasil carian kami di internet mendapati set nasi hujan panas berserta ayam masak merah dijual pada harga sekitar RM8.00 hingga RM11.50 bagi seorang makan bagi tahun 2024.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Murah Betul, Saya Pun Tak Mampu Bagi Harga Macam Tu, Semoga Murah Rezeki”
“Kalau Pergi Mamak, RM3 Dapat Nasi Putih Je”
“Ayam Pun Mahal Sekarang Ni, Akak Ni Jual Portion Lebih Bernilai Dari RM3”
“RM3? Murah Rezeki Akak Ni, Berniaga Sambil Bersedekah”
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dipuji Jual Burger RM2, Siap Kongsi Rezeki Beri Kucing Jalanan Makan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kecewa, Pelanggan Anggap Nasi Ayam RM3 ‘Mahal’ [Video]