fbpx
Now Reading
Rider Terbabas Ketika Buat Aksi ‘Corner Baring’ Di Selekoh [Video]

Rider Terbabas Ketika Buat Aksi ‘Corner Baring’ Di Selekoh [Video]

Berdasarkan rakaman ‘dashcam’, kelihatan motosikal yang ditunggangi penunggang terbabit secara tiba-tiba hilang kawalan semasa sedang ‘melayan’ selekoh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, menunggang motosikal mempunyai keseronokannya yang tersendiri terutamanya bagi peminat-peminat dua roda.

Selain dapat mempercepatkan masa perjalanan kerana tidak perlu berdepan kesesakan jalan raya, penunggang motosikal juga dapat menikmati angin semasa sedang menunggang.

Bahkan ada juga segelintir penunggang yang menggemari jalan berselekoh kerana dapat melakukan aksi ‘corner baring’ yang begitu sinonim dalam dunia sukan permotoran motosikal.

Bagaimanapun, jika tersalah langkah dalam melakukan aksi terbabit, pasti boleh mendatangkan bahaya seperti kemalangan dan sebagainya.

Tular video rider terbabas ketika layan corner baring di selekoh

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video ‘dashcam’ yang memaparkan seorang penunggang motosikal terbabas selepas didakwa melakukan aksi ‘corner baring’ di sebuah jalan raya di sekitar Lembah Klang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook Dashcam Owners Malaysia, kelihatan penunggang motosikal dipercayai penghantar barang itu memotong sebuah kereta yang sedang memasuki susur masuk ke Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berhampiran Kota Damansara.

Motosikal hilang kawalan ketika ‘corner baring’

Bagaimanapun, selepas memotong kenderaan terbabit, penunggang motosikal berkenaan dilihat seronok ‘melayani’ jalan berselekoh terbabit dengan melakukan aksi ‘corner baring’.

Namun malang tidak berbau menimpa penunggang terbabit selepas motosikal yang ditungganginya secara tiba-tiba halang kawalan dan terbabas di bahagian kanan jalan.

Pun begitu, punca sebenar motosikal dipercayai jenis Honda CBR 250RR itu terbabas tidak dapat dipastikan, adakah kerana jalan raya yang licin atau sebaliknya.

Diharapkan penunggang motosikal berkenaan segera diberikan kesembuhan dan mengambil perkara yang berlaku itu sebagai satu iktibar untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Rakaman dashcam berdurasi 20 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna-pengguna Facebook, di mana segelintir mengkritik dan ada juga yang kasihan dengan nasib penunggang terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.