fbpx

Singapura Luluskan 16 Spesies Serangga Sebagai Makanan Manusia

Menurut Agensi Makanan Singapura, 16 senarai serangga yang diluluskan sememangnya mempunyai sejarah sebagai makanan manusia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (8 Julai), Agensi Makanan Singapura (SFA) telah meluluskan sebanyak 16 spesies serangga untuk dijadikan makanan manusia.

Serangga yang boleh dimakan di republik itu termasuklah serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, mealworm, ulat sutera dan lebah madu.

Foto sekadar hiasan

“Dengan serta-merta, SFA akan membenarkan import serangga dan produk serangga yang berasal daripada spesies yang dinilai mempunyai kebimbangan peraturan yang rendah.

“Serangga dan produk serangga ini boleh digunakan sebagai makanan manusia atau sebagai makanan haiwan untuk haiwan pengeluaran makanan,” kata SFA dalam pekeliling kepada peniaga dipetik Harian Metro.

SFA letak garis panduan serangga yang diluluskan sebagai makanan

Dalam pada itu, rangka kerja peraturan serangga yang dimuat naik di laman sesawangnya meletakkan garis panduan untuk serangga yang diluluskan sebagai makanan.

Rangka kerja itu merangkumi garis panduan yang harus dipatuhi oleh perniagaan jika mereka berhasrat untuk mengimport, menternak atau memproses serangga menjadi makanan manusia atau makanan haiwan.

16 Spesies serangga diluluskan sememangnya ada sejarah sebagai makanan manusia

Menurut SFA, serangga dalam senarai berkenaan sememangnya mempunyai sejarah sebagai makanan manusia.

Foto: Singapore Food Agency (SFA)

“Serangga lain yang tidak tersenarai perlu menjalani penilaian oleh agensi itu sebelum boleh dijadikan sebagai makanan manusia.

“Garis panduan ini dibangunkan selepas kajian saintifik menyeluruh dengan merujuk kepada negara dan wilayah yang membenarkan penggunaan serangga tertentu sebagai makanan termasuk Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Thailand.

“Pada masa ini, tiada piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius atau Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia untuk penjualan dan penggunaan serangga sebagai makanan atau makanan haiwan,” katanya.

Syarikat jual makanan serangga prabungkus perlu letak label pembungkusan produk

Syarikat yang menjual makanan prabungkus, termasuk yang mengandungi serangga sebagai ramuan, dikehendaki melabel pembungkusan produk untuk menunjukkan sifat sebenar produk itu.

Sama seperti makanan lain, produk serangga juga tertakluk kepada pemeriksaan dan pengawasan SFA, seperti pensampelan bagi ujian keselamatan makanan.

“Makanan yang didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan makanan SFA tidak akan dibenarkan dijual,” katanya.

Sekadar info, kali pertama SFA mengadakan rundingan awam mengenai peraturan serangga dan produk serangga adalah pada dua tahun lalu iaitu 2022.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.