Suami Hadiahkan Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Pengasas Tudung Bawal [Video]
Haliza yang juga pengasas tudung Bawal Exclusive terharu dengan pemberian suaminya itu kerana baginya tiada apa yang dimahukan setelah berpeluang mengerjakan ibadah haji pada bulan lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari ulang tahun kelahiran merupakan hari yang sering ditunggu-tunggu oleh kebanyakan individu.
Ia merupakan hari yang paling bermakna menandakan seseorang itu telahpun meningkat usianya.
Bagi kebanyakan orang, selain ucapan, antara cara biasa yang sering dilakukan bagi menyambut hari jadi dan sebagai tanda ingatan khususnya buat insan istimewa adalah melalui pemberian hadiah.
Terima Kereta Mewah Bernilai RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Daripada Suami
Terbaharu, sempena ulang tahun kelahiran yang ke-47, pengasas Bawal Exclusive Haliza Maysuri menjadi bualan ramai apabila menerima hadiah hari jadi daripada suami tercinta.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagram Bawal Exclusive, pengasas tudung itu menerima hadiah daripada suaminya Mohd Rosli Awang berupa sebuah kereta mewah jenama BMW yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta serta tasbih emas yang ditempah khas bernilai RM30,000.
Malah melalui video itu, Haliza nyata terkejut dan tidak menyangka dengan pemberian daripada suaminya yang tersayang.
“Ya Allah yang, hadiah pergi kebun ke?” tanya Haliza kepada suaminya itu.
Turut kedengaran tetamu jemputan yang hadir menyaksikan momen tersebut turut sama tidak menyangka dan kagum dengan pemberian hadiah berkenaan.
Tidak Mahu Apa-Apa Sempena Hari Lahir
Menerusi video itu juga, Haliza dilihat terharu dengan pemberian suaminya kerana bagi wanita itu, tiada apa yang dimahukan setelah berpeluang mengerjakan ibadah haji pada bulan lalu.
“Tahun ini bila Abang Haji (suami) tanya apa hadiah yang saya mahu sempena hari lahir, saya cakap padanya saya tak mahu apa-apa sebab saya sudah ada semuanya.
“Tapi saya ingin menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan Haji,” katanya.
Difahamkan, ulang tahun kelahiran wanita hebat itu telah diadakan di Hotel St Regis Kuala Lumpur dengan kehadiran 200 orang tetamu.
Antara tetamu kenamaan yang turut hadir ke majlis tersebut adalah YAM Tengku Temenggong Perlis, Datuk Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din serta YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad.
Bangga & Cintakan Diri Sendiri
Pada masa yang sama, Haliza menerusi akaun Instagram miliknya turut mengucapkan selamat ulang tahun dan terima kasih kepada dirinya sendiri sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47 itu.
“Tetaplah menjadi peribadi yang selalu belajar tidak terbang dengan pujian, tidak tumbang dengan cacian, tetap tenang dalam ujian dan teruslah berusaha dalam diam.
“Satu lagi tahun yang indah telah berlalu. Semoga apa saja yang menanti di tahun hadapan diberikan kemudahan.
“Saya cintakan diri saya. Saya bangga dengan diri saya.
“Terima kasih kerana terus kuat dan sabar menempuh pahit manis ujian sepanjang 47 tahun. Terus kuat untuk hari seterusnya!” tulisnya.
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Milik Pengasas Bawal Exclusive Sambut Hari Jadi Di Butik Louis Vuitton Raih Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tudung Termahal Di Dunia Dengan Harga RM100,000