Tak Puas Hati Anak Kena Kad Merah, Bapa Ambil Batang Besi Dipercayai Mahu Pukul Pengadil
Tindakan lelaki itu yang membawa batang besi berkenaan sempat ditahan oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas pada ketika itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap sukan atau permainan di dunia ini mempunyai peraturan tersendiri yang mesti dipatuhi oleh setiap pemain.
Ia penting bagi memastikan perlawanan dapat berjalan dengan lancar dan selamat untuk individu yang terlibat. Malah, ia juga digunakan bagi memastikan acara atau pertandingan berjalan dengan adil.
Namun, sikap segelintir individu baik pemain atau penonton yang dilihat terlalu mengikut emosi boleh menganggu dan menjejaskan kelancaran sesebuah perlawanan.
Bapa Emosi Gara-Gara Anak Kena Kad Merah
Terbaharu, tular di aplikasi X sebuah video yang memaparkan seorang lelaki memegang batang besi kerana berang dengan tindakan pengadil yang dipercayai mengenakan kad merah kepada anaknya dalam satu perlawanan bola sepak.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun @ronramka, lelaki yang juga seorang bapa kepada salah seorang pemain bola itu kelihatan mengambil batang besi sebelum menuju ke padang.
Namun, tindakannya sempat ditahan oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas pada ketika itu. Malah, batang besi yang dipegangnya turut dirampas oleh anggota RELA berkenaan.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku ketika perlawanan bola sepak diadakan di sebuah sekolah yang tidak diketahui lokasinya.
“Anak kena red card kau nak ambil batang besi pukul ref (pengadil). Bola Malaysia ni dah la dah nazak, ada pulak orang macam ni jadi enabler kepada anak-anak tunjuk perangai tak semenggah.
“Pund*k betul mak bapak macam ni. Kalau aku jadi coach (jurulatih) aku perhambat keluar je player (pemain) tu. Menyusahkan,” ciapnya.
Individu Dipercayai Kakitangan Sukan Turut Beri Teguran
Ketika kejadian, seorang individu yang dipercayai kakitangan sukan turut dilihat memberi amaran kepada lelaki berkenaan.
Dia kemudiannya ditenangkan oleh anggota RELA dan dilihat beredar keluar bersama anaknya dari padang berkenaan.
Walau bagaimanapun, di akhir video itu, dia dilihat sekali lagi cuba mengangkat batang besi kerana tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi namun sempat ditahan oleh anggota RELA terbabit.
Anak kena red card kau nak amik batang besi pukul ref.
— RonKemar (@ronramka) July 8, 2024
Bola Malaysia ni dah la dah nazak, ada pulak orang macam ni jadi enabler kepada anak2 tunjuk perangai xsemenggah. Pundek betul mak bapak macam ni.
Kalau aku jadi coach aku perhambat keluar je player tu. Menyusahkan 😡 pic.twitter.com/tDhSdl8Pxc
Pengguna X Bengang Lihat Insiden Berkenaan
Video yang dikongsikan itu nyata menarik perhatian pengguna X. Rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati dan geram dengan tindakan lelaki terbabit yang dilihat terlalu mengikut emosi.
Malah, ada yang mengecam tindakan bapa berkenaan yang dilihat tidak mahu menerima kenyataan dan beranggapan sikapnya itu boleh menjejaskan imej sukan bola sepak.
Kad Merah Boleh Menyebabkan Individu Digantung Perlawanan
Untuk info, pemain yang dikenakan kad merah secara serta merta perlu keluar daripada padang. Malah, ia juga boleh menyebabkan pemain digantung perlawanan berikutnya bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.
Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berdasarkan Artikel 18, Perenggan 4, setiap penerima kad merah hendaklah digantung seperti berikut:
- satu perlawanan bagi menggagalkan peluang jelas pasukan lawan menjaringkan gol (dengan sengaja menggunakan tangan memegang bola)
- sekurang-kurangnya satu perlawanan kerana bermain dengan amat kasar (khususnya di dalam kes kekasaran yang ganas atau melampau)
- sekurang-kurangnya satu perlawanan bagi kelakuan yang tidak bersemangat sukan terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan
- sekurang-kurangnya dua perlawanan bagi menyerang (menyiku, menumbuk, menendang dan lain-lain) pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan
- sekurang-kurangnya enam perlawanan bagi meludah ke pihak lawan atau individu selain pegawai perlawanan.
Berikut antara komen warganet:
“Ya Allah Bapanya Tak Rileks Langsung”
“Ada Segelintir Kaum Bapa Kadang Kala Rasa Anak Mereka Hebat Macam Ronaldo”
“Bapa Zaman Sekarang, Bapa Aku Dulu Kalau Aku Kena Red Card, Aku Je Kena Sebat Dengan Bapa, Ref Pula Yang Tahan Bapa Aku”
“Sekarang Banyak Mak Bapa Bawa Baran Sampai Anak Kena Tempias & Anak Pun Terikut”
Baca Artikel Berkaitan: “Rambut Panjang Tak Masuk Neraka”- Bapa Mengamuk Gara-gara Ustaz Gunting Rambut Anak? [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Berang Rambut Anak Dipotong Tanpa Izin, Bapa Nekad Saman Sekolah RM4.1 Juta