Boleh Mabuk Jika Minum Kopi Selepas Makan Durian, Ini Penjelasan & Cara Pencegahannya
Menurut Dr Samhan, durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat manakala kopi pula mempunyai kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Durian atau turut digelar raja buah amat digemari ramai khususnya bagi penduduk di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan banyak lagi.
Di negara ini, durian mempunyai permintaan yang sangat tinggi daripada orang ramai apabila tibanya musim.
Pun begitu, benarkah bahawa buah durian tidak boleh dimakan sambil meminum kopi kerana mempunyai risiko membahayakan kesihatan? Adakah ianya benar atau sekadar mitos?
Pakar perubatan swasta yang juga influencer, Dr Ahmad Samhan menerusi satu ciapan di akaun X miliknya mengakui tentang perkara itu.
Boleh mabuk makanan durian dan minum kopi
Menurutnya, durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat manakala kopi pula nenpunyai kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.
Jelas Ahmad Samhan, gabungan buah dan minuman itu boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan manusia termasuklah risiko mabuk serta keracunan ringan.
Senarai makanan atau minuman perlu dielak selepas makan durian
Susulan itu, beliau menyenaraikan beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielak selepas memakan durian.
Makanan dan minuman yang perlu dielak:
- Kopi
- Alkohol
- Minuman berkarbonat
- Makanan berminyak
- Makanan pedas
- Susu dan produk tenusu
- Makanan tinggi protein
Cara pencegahan keracunan atau mabuk selepas makan durian
Beliau turut berkongsi cara pencegahannya iaitu dengan tidak menggabungkan makanan atau minuman yang boleh memberi tekanan berlebihan kepada badan.
“Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi. Selain itu, pastikan badan sentiasa cukup air, terutamanya selepas makan makanan berat seperti durian.”
Dr Ahmad Samhan
Rawatan jika mabuk selepas makan durian
Tambahnya, sekiranya seseorang itu mabuk selepas memakan durian, antara rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan merehatkan badan.
Selain itu Ahmad Samhan menyarankan agar minum air kosong untuk bantu singkirkan toksin dalam badan serta makan makanan ringan yang mudah dihadam.
Bagaimanapun katanya, jika keadaan tidak bertambah baik, segera ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Jadi, untuk semua peminat durian di luar sana, ingatlah untuk berhati-hati dengan apa yang anda gabungkan dengan durian.
“Durian memang nikmat, tapi bila salah makan, boleh mudarat. Jangan lupa share tips ni dengan kawan-kawan dan keluarga,” katanya lagi.
“Doktor, patient ni rebah depan pintu klinik tadi!” kata nurse dengan cemas.
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) July 9, 2024
Seorang lelaki dalam keadaan mabuk terhuyung-hayang masuk ke bilik konsultasi, wajahnya pucat dan keringat membasahi dahi. pic.twitter.com/2mX0hZ1QAU