
“Dulu Meriah Dengan Manusia” – Lelaki Kongsi Kampung Di Jepun Yang Hanya Dihuni Patung [Video]
Lelaki terbabit berkata, terdapat perasaan seram apabila menjejakkan kaki di kawasan Kampung Kakashi, Tokushima yang penduduknya hanyalah patung tidak bernyawa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kampung merupakan kawasan luar bandar yang kebanyakannya diduduki oleh orang-orang tua kerana golongan muda lebih cenderung untuk bekerja di kota.
Bagaimanapun, umpama sudah menjadi satu tradisi kepada orang ramai di Malaysia untuk pulang ke kampung halaman mereka ketika musim perayaan atau cuti umum bagi melawat ahli keluarga di sana.
Selain itu, kampung-kampung di negara ini tidaklah terlalu sunyi kerana masih ada masyarakat di sana yang menjalankan aktiviti harian seperti bersosial dan sebagainya.
Tular lelaki kongsi kisah kampung di Jepun yang hanya didiami patung
Bagaimanapun, lain pula dengan kisah dikongsikan oleh seorang lelaki ini apabila menceritakan terdapat sebuah kampung di Jepun yang hanya dihuni oleh patung-patung.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @addamshahh, lelaki terbabit berkata kampung itu menjadi sunyi disebabkan masalah Jepun yang mempunyai bilangan orang tua yang tinggi berbanding kanak-kanak.
Dia yang merupakan warga Malaysia dan kini menetap di Jepun berkata terdapat perasaan seram apabila menjejakkan kaki di kawasan tersebut yang dikenali sebagai Kampung Kakashi di Tokushima.
Kampung Kakashi dulu riuh dengan manusia, kini sepi hanya didiami patung
“Kampung ini dahulunya riuh dengan sekumpulan manusia, namun kini hanya didiami oleh manusia-manusia buatan (patung) yang dibina ataupun dibuat oleh Ayano Tsukimi iaitu seorang wanita yang juga penduduk asal kampung ini.
“Dia dulu pergi ke Osaka untuk bekerja dan setelah pencen dia balik dan cadang untuk buat patung-patung ini, untuk temani dia mungkin,” katanya.
Memetik laman Kanpai Japan, kampung tersebut, Kakashi No Sato atau turut dipanggil ‘Doll Village’ terletak di lembah Iya di Pulau Shikoku.
Namun di Jepun, kampung kecil ini mempunyai nama rasminya iaitu Nagoro. Setakat tahun 2018, terdapat 270 patung yang dipamerkan di sana.
Dalam pada itu, lelaki terbabit turut melawat sekolah yang ada di kampung berkenaan yang juga hanya didiami oleh ratusan patung seakan kanak-kanak, guru dan orang dewasa.
@addamshahh Kampung Kakashi, Tokushima #fyp #fypシ #japanstudy #kisahjepun #jelajahjepunbersamaSA
♬ bunyi asal – anakmelayudibumijepun – anakmelayudibumijepun
Siap kongsi pengalaman seram, jam di dinding sekolah bergerak 10 minit
Dia pada masa sama turut berkongsi pengalaman seram yang dilalui olehnya semasa berada di sekolah terbabit.
Menurutnya, jam di dinding sekolah berkenaan telah bergerak 10 minit sedangkan waktu asal ketika dia di sana bersama rakan-rakannya hanyalah dua minit.
Jelasnya, dia merasakan perkara itu sebagai sesuatu yang menyeramkan kerana menyangkan jam terbabit telahpun rosak, namun tidak menolak kemungkinan ianya mungkin disebabkan masalah teknikal.
@addamshahh Sekolah untuk patung di Jepun (sambungan pt 1) #fyp #fypシ #japanstudy #kisahjepun
♬ bunyi asal – anakmelayudibumijepun – anakmelayudibumijepun