fbpx
Now Reading
“Friendship Lelaki” – Pelajar Ke Overseas Dapat Farewell Rakan-rakan Di KLIA Undang Sebak [Video]

“Friendship Lelaki” – Pelajar Ke Overseas Dapat Farewell Rakan-rakan Di KLIA Undang Sebak [Video]

Di akhir video tersebut, kelihatan kumpulan pemuda terbabit berpelukan dengan pelajar berkenaan sebelum mereka berpisah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita yang dikenali sebagai Nina berkongsi rakaman yang memaparkan sekumpulan pemuda sedang meraikan seorang rakan mereka yang akan menyambung pelajaran di luar negara.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nuraufaariana98, kelihatan kumpulan pemuda terbabit membentuk satu bulatan mengelilingi rakan mereka itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ramai-ramai nyanyi lagu Laskar Pelangi

Dalam video terbabit, kedengaran mereka beramai-ramai menyanyikan lagu Laskar Pelangi daripada band terkenal Indonesia, Nidji.

“Kisah semalam jalan-jalan di KLIA, terdengar suara ingatkan rupanya diorang nyanyi untuk kawan yang akan pergi belajar di luar negara, semoga adik berjaya dunia akhirat dan jadi budak pandai,” kata Nina.

Nina turut menyifatkan pelajar berkenaan sebagai beruntung kerana memiliki rakan-rakan yang sanggup datang ke KLIA untuk memberi sokongan kepadanya yang akan terbang ke luar negara.

“Untung adik ada kawan yang macam ini, terharu tengok diorang. Semoga korang sahabat selamanya.”

Beri pelukkan kepada rakan sebelum penerbangannya

Di akhir video tersebut, kelihatan kumpulan pemuda terbabit berpelukan dengan pelajar berkenaan sebelum mereka berpisah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan destinasi atau negara yang ingin dipergi oleh pelajar lelaki berkenaan untuk belajar.

@nuraufaariana98

Kisah semalam jejalan kt KLIA, tdgr suara ingtkn ape rupa nya dorg nyanyi utk kawan dorg nk g study oversea, Semoga adek bjaya dunia akhirat,jd bdk pandai. Aminn . Untung kau dek ada kwn yg cmni, terharu smlm tgok dorg ehe. Semoga korg sahabat selamanya✨#fypシ゚viral #friendshipgoals #xybca #fypage

♬ Memori Tercipta – syā

Netizen terharu, akui friendship lelaki lebih baik dari wanita

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terharu dengan persahabatan yang ditunjukkan oleh pemuda-pemuda itu.

Malah, segelintir wanita juga mengakui seronok melihat ‘friendship’ lelaki yang kebanyakannya lebih baik daripada persahabatan wanita.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.