fbpx
Now Reading
Apa Hukum Perempuan Naik Paragliding Bersama Pilot Lelaki? Ini Penjelasan UAI [Video]

Apa Hukum Perempuan Naik Paragliding Bersama Pilot Lelaki? Ini Penjelasan UAI [Video]

Persoalan itu timbul memandangkan tempat duduk wanita yang ingin menaiki paragliding adalah di antara kedua-dua kaki atau peha juruterbang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Paragliding atau luncur udara merupakan salah satu sukan atau aktiviti penerbangan yang semakin popular di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Di negara ini, paragliding juga dijadikan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh orang awam dengan hanya membayar sejumlah wang untuk merasai pengalaman berada di udara bersama juruterbang yang akan mengendalinya.

Juruterbang tersebut akan berada di belakang untuk mengawal payung terjun, manakala penumpang pula akan duduk di tengah antara kedua-dua kaki pilot itu.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Apa hukum wanita naik paragliding bersama juruterbang lelaki?

Pun begitu, timbul pula persoalan tentang hukumnya di dalam agama Islam sekiranya aktiviti itu melibatkan kaum wanita bersama juruterbang lelaki yang bukanlah mahramnya.

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI berkata, hukum bagi perbuatan itu adalah haram kerana ia mendatangkan fitnah memandangkan kedudukan wanita itu berada di antara kedua-dua kaki juruterbang tersebut.

“Jawabnya berlaku fitnah atau tidak, itu jawapan dia. Berlaku fitnah kerana perempuan itu duduk di celah kangkang pilot yang memandu, bukan duduk di tempat yang asing,” katanya.

Boleh jadi harus hukumnya jika tidak mendatangkan fitnah

Bagaimanapun, UAI berkata sekiranya tidak berlaku sebarang fitnah maka hukumnya boleh menjadi harus, bukanlah haram.

Kata pendakwah itu lagi, wanita sememangnya mempunyai banyak fitnah yang boleh terpalit dengan dirinya kerana itu golongan terbabit perlulah lebih berhati-hati.

UAI nasihat wanita agar cari juruterbang paragliding sama jantina

Maka UAI menasihati orang wanita yang ingin melakukan aktiviti paragliding agar mencari juruterbang seorang wanita untuk mengelak daripada sebarang fitnah.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

UAI menjelaskan tentang perkara tersebut selepas diajukan soalan sedemikian dalam satu sesi kuliah Maghrib dan soal jawab agama di sebuah masjid.

@benny_x

Replying to @kkbparaglidingpark Hati orang ada jaga, tapi hukum agama ada jaga tak ?? Kalau alasan “berlapik” , lepas ni boleh lah lelaki pilih naik dengan glider perempuan. Boleh macam tu ?? Kalau pekerjaan tu haram maka hasil rezekinya pun haram. Ustaz Azhar Idrus menjawab soalan Hukum perempuan naik paragliding bersama lelaki. #UAI #ustazazharidrus #ceramah #ceramahagama #ceramahislam #gengkesyurga #paragliding #kkbparaglidingpark

♬ original sound – ❌{ Ɓȇnnƴ }❌ – ❌{ Ɓȇnnƴ }❌
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.