fbpx
Now Reading
Peniaga Gerai Durian Tak Pakai Baju, Tayang Badan Curi Perhatian Ramai [Video]

Peniaga Gerai Durian Tak Pakai Baju, Tayang Badan Curi Perhatian Ramai [Video]

Peniaga lelaki yang dikenali sebagai Irfan mengakui tahu dirinya dikecam dan menjelaskan dia bukan sengaja mahu menayang tubuh badan semata-mata mahu tular atau menarik pelanggan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap peniaga mempunyai cara kreatif tersendiri dalam menarik pelanggan untuk datang ke kedai dan membeli jualan mereka.

Ada yang memanggil pelanggan dengan cara menjerit kuat, ada yang menawarkan harga dan diskaun yang menarik tidak kurang juga yang mengupah artis atau influencer untuk melariskan jualan.

Namun, berbeza pula dengan sebuah gerai durian ini yang menggunakan cara ‘unik’ di mana peniaganya tidak memakai baju dan mempamerkan tubuh badan sama seperti di Thailand.

Pamer Tubuh Badan Sasa Ketika Jual Durian

Menerusi video yang dikongsikan semula di akaun Instagram @kongsiviral, kelihatan dua orang lelaki tidak berbaju di sebuah gerai durian yang terletak di Selangor.

Apa yang menjadi perhatian adalah dua orang lelaki itu tidak mengenakan pakaian serta mempamerkan bentuk tubuh badan yang sado.

Malah, seorang individu yang dipercayai jurugambar dilihat sedang merakam gambar kedua lelaki yang tidak berbaju itu sambil memegang dan membuka buah tersebut.

Hasil semakan kami di akaun TikTok gerai itu mendapati, video asal telahpun dipadam oleh pentadbir akaun berkenaan.

Video Undang Kecaman Daripada Pengguna Instagram

Perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna Instagram. Rata-rata daripada mereka mengecam tindakan peniaga berkenaan yang dilihat tiada rasa segan dengan mempamerkan tubuh sedemikian rupa.

Ada yang turut menyatakan tidak mahu membeli durian dari gerai tersebut kerana cara marketing yang digunakan.

Malah, ada yang beranggapan taktik peniaga tersebut sama seperti teknik pemasaran negara jiran, Thailand di mana ada individu yang menayangkan badan sado ketika berniaga.

Bukan Sengaja Tayang Tubuh Badan

Walau bagaimanapun, peniaga lelaki itu yang dikenali sebagai Irfan atau nama sebenarnya Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady menjelaskan dia bukan sengaja mahu menayang tubuh badan semata-mata mahu tular atau menarik pelanggan.

Jelasnya, video tersebut dirakam ketika dia sibuk menyusun dan mengatur bekalan durian yang baru tiba di gerai Durian Papa Muda itu.

“Waktu itu tengah hari dan buah (durian) baru sampai dari Johor, saya pula pakai baju tebal.

“Tak sangka pula ada pelanggan rakam video, kakak pun sama (rakam) untuk ‘content’ (bahan perkongsian) di TikTok.

“Tak sangka pula apa kakak kongsikan itu dapat perhatian sampai ramai pelanggan datang, kebanyakannya tahu daripada TikTok cuma di komen ada juga kecam tapi saya terima saja,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Peniaga Tidak Sangka Video Tular

Dalam pada itu, sepupu Irfan yang dikenali sebagai Muhamad Amirul Zaihan Osman atau Meor menjelaskan, perniagaan itu dijalankan bersama ahli keluarganya dan ini merupakan tahun kedua mereka menjual durian.

Jelas Meor lagi, dia tidak menyangka sambutan kali ini lebih baik jika dibandingkan dengan tahun lalu.

Malah, dia turut mengakui video yang tular di TikTok menarik kedatangan pelanggan ke gerai mereka.

“Kami berlima dan mereka yang lain adalah sepupu saya, kiranya ini adalah perniagaan keluarga.

“Ikutkan tahun lalu pun berniaga durian cuma mungkin tak tular ketika itu.

“Lagipun, tahun lalu kami badan kami semua kurus kering, baru tahun ini buat badan (ada bentuk badan) selepas aktif semula ke gimnasium selepas lama tinggalkan.

“Tak sangka pula boleh tular kerana video tak pakai baju dimuat naik sepupu di TikTok kerana buka pakaian waktu itu sebab cuaca panas, bukannya nak menunjuk,” katanya.

Berikut antara komen pengguna Instagram:

“Sejujurnya Aku Takkan Beli Dekat Depa Ni Kalau Dekat Sekalipun, Apa Tujuan Buka Baju?”

“Nak Jual Buah, Jual Je Elok-Elok, Tak Payah La Nak Bukak Baju”

“Tak Segan Ke Tak Pakai Baju? Kot Nak Jual Badan Pun, Pakai La Singlet”

Baca Artikel Berkaitan: “Tarik Plastik Siap-siap, Tak Jadi Takpa” – Gaya Lelaki Ini Berniaga Di Pasar Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.