fbpx
Now Reading
“Tone Suara Macam Siti Sarah” – Talita Nyanyi Lagu Kesetiaan Buat Ramai Sebak [Video]

“Tone Suara Macam Siti Sarah” – Talita Nyanyi Lagu Kesetiaan Buat Ramai Sebak [Video]

Dalam video terbabit, kedengaran intonasi dan lengok suara yang dibawa oleh Talita seakan mirip arwah ibunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi wanita yang cukup terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia pasti mengetahui dan meminati lagu-lagu nyanyian arwah seperti Kesetiaan, Semakin, Saat Hilang Cintamu dan banyak lagi.

Malah, kehebatan vokal Allahyarhamah ketika membuat persembahan secara langsung satu masa dahulu masih diingati peminat.

Rindu peminat terubat lihat anak perempuan Siti Sarah nyanyi

Baru-baru ini, rindu peminat-peminat terhadap arwah seakan terubat selepas anak perempuannya, Dzakira Talita Zahra menyanyikan lagu ibunya dalam satu sesi siaran langsung di akaun TikTok ibu tirinya, Watie Hanifiah.

Menerusi perkongsian rakaman klip ‘live’ berkenaan di akaun TikTok @syafiq.aimanbundle, kelihatan anak kedua pasangan selebriti itu menyanyikan lagu Kesetiaan.

Intonasi dan lengok suara Talita seakan Siti Sarah

Dalam video terbabit, kedengaran intonasi dan lengok suara yang dibawa oleh Talita seakan mirip arwah ibunya.

Meskipun nyanyian Talita kelihatan bersahaja dengan melihat lirik melalui telefon, tetapi ia tetap sedap didengari.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 3 minit 27 saat itu mendapat lebih 40,000 tanda suka dan lebih 640,000 tontonan.

Netizen sebak lihat Talita nyanyi lagu arwah ibunya

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak melihat nyanyian Talita kerana membuatkan mereka teringat pada Siti Sarah.

Tidak hanya itu, mereka turut menyatakan wajah gadis terbabit salin tak tumpah seperti arwah ibunya.

Segelintir netizen juga memuji suara Talita tidak kurang sedapnya dan boleh diasah untuk menjadi penyanyi profesional seperti arwah ibunya.

Untuk info, Shuib dan Siti Sarah mula mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011, hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, Talita, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 ketika berusia 36 tahun akibat jangkitan COVID-19.

Berikut komen yang diberikan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.