Tular Lelaki Pakai Skirt Seperti Wanita, Netizen Tak Mahu Trend Dinormalisasikan [Video]
Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki berkenaan kerana dilihat berpakaian seperti wanita itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu baik lelaki ataupun wanita mempunyai cita rasa tersendiri dalam menggayakan pakaian seharian.
Ada yang memilih untuk menggayakan pakaian biasa, ada juga segelintir yang gemar mengikuti perkembangan fesyen terkini.
Namun sejak akhir-akhir ini, fesyen yang digayakan oleh segelintir individu dilihat ‘pelik’ dan bertentangan dengan fitrah manusia.
Tular Video Lelaki Pakai Skirt & Beg Tangan Seperti Wanita
Terbaharu, tular di platform X satu video yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian seperti wanita.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun @MALAYSIAVIRALLL, kelihatan seorang lelaki sedang merakam dirinya ketika berada di satu lokasi yang tidak diketahui.
Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki tersebut memakai skirt dan beg tangan seperti seorang wanita.
Malah, dia dilihat mengangkat sebelah kaki sama seperti kebanyakan perempuan yang melakukan sedemikian ketika merakam video tentang diri sendiri.
Jangan normalise kan lelaki pakai skirt. pic.twitter.com/65r1wTyzHi
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) July 10, 2024
Video Undang Pelbagai Reaksi Dari Pengguna X
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna X mengecam lelaki berkenaan kerana dilihat berpakaian seperti kaum Hawa itu.
Malah, ada yang mempersoalkan mengapa dia tidak mengenakan kain pelikat yang sememangnya diciptakan untuk kaum Adam.
Ada juga yang mengharapkan agar trend berkenaan tidak tular dan menjadi ikutan ramai di negara ini.
Hukum Lelaki Berpakaian Wanita
Sebelum ini, trend lelaki berpakaian wanita juga pernah tular di media sosial apabila ada peniaga lelaki yang memakai tudung atau skirt bagi melariskan jualan.
Menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hukum lelaki yang berpakaian menyerupai wanita adalah haram dan dilaknat oleh Allah.
Hukum yang sama turut terpakai buat wanita yang berpakaian seperti lelaki.
Namun, ia dibolehkan sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan darurat dan bertujuan mahu menutup aurat.
Malah, hukum ini sama seperti yang dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
masjid as sajidinPosted by Ustaz Azhar Idrus on Thursday 19 October 2023
Berikut antara komen pengguna X:
“Alamak, Lelaki Dah Pakai Skirt Pula, Jangan Terikut-Ikut Sangat Budaya Lain”
“Tak Normal Langsung Lelaki Pakai Skirt, Tak Kisahla Lembut Atau Keras”
“Baik Kau Pakai Kain Pelikat”
“Dilahirkan Lelaki Apahal Nak Jadi Perempuan Pula, Tak Takut Dosa Ke”
Baca Artikel Berkaitan: “Haram Hukumnya Lelaki Berhijab Walau Untuk Berniaga” – Ustaz Azhar Idrus [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Buat Hal, Ini Tempat Ibadat” – PU Amin Dedah Polis Arab Beri Amaran Pada Lelaki Berpakaian Wanita Buat Umrah