BFF Berlainan Bangsa Buat Pengantin Terharu, Bagi Gelang Emas Sebagai Hadiah Perkahwinan [Video]
Salah seorang rakan pengantin perempuan itu dilihat memberikan sebuah beg kertas yang mempunyai hadiah kahwin berupa gelang emas kepadanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan individu, jika ada rakan baik yang bakal melangsungkan perkahwinan, antara perkara pertama yang difikirkan adalah hadiah buat mereka.
Ini kerana pemberian hadiah merupakan satu tanda yang membawa maksud ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baru itu.
Lazimnya, rata-rata individu memilih hadiah yang dapat digunakan oleh pasangan pengantin seperti barang elektrik atau peralatan rumah antaranya kuali, blender dan set pinggan mangkuk.
Terharu Dapat Hadiah Barang Kemas Sebagai Hadiah Kahwin
Namun, berbeza pula dengan seorang pengantin perempuan ini apabila mendapat hadiah berharga daripada rakan-rakan baiknya yang berbangsa Cina.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @dik_wan96, pengantin perempuan itu menangis terharu kerana menerima seutas gelang emas sebagai hadiah perkahwinan.
Melalui video berkenaan, dapat dilihat pasangan pengantin itu pada mulanya sedang beramah mesra bersama tiga orang perempuan berbangsa Cina yang dipercayai merupakan kawan baik pengantin perempuan.
Apa yang menjadi perhatian adalah salah seorang rakan pengantin perempuan itu memberikan sebuah beg kertas yang mempunyai hadiah kahwin kepadanya.
Malah, rakannya turut meminta dia membuka hadiah berkenaan di hadapan mereka. Apa yang mengejutkan adalah hadiah tersebut berupa seutas gelang emas.
Pemberian itu nyata mengejutkan pengantin perempuan hingga menyebabkan dia menjerit dan mahu menangis.
Namun, dia dilihat mengawal dirinya dari mengeluarkan air mata kerana tidak mahu merosakkan solekannya di hari bahagia itu.
Ramai Pengguna TikTok Yang Ada Kawan Lain Bangsa Boleh Relate
Video yang mendapat lebih 300 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok yang melihat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada pengguna turut sama terharu melihat hubungan persahabatan di antara pengantin perempuan dan rakannya yang berlainan bangsa itu.
Malah, ada juga pengguna TikTok yang turut berkongsikan pengalaman yang sama mempunyai rakan berbangsa lain seperti Cina dan India yang sememangnya baik dan tidak berkira.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“BFF Cina Atau India Memang Macam Ni, Diorang Tak Berkira & Kalau Boleh Nak Bagi Hadiah Yang Terbaik”
“Saya Dapat Emas Juga Daripada Kawan Pejabat, Kerja Di Syarikat Cina, Diorang kongsi Duit Beli Emas, Terkejut”
“Betul Tu, BFF Cina Atau India Memang Macam Ni”
“Ingat Lagi Masa Belum Bersalin, Kawan Cina Tanya Apa Belum Beli, Saya Cakap Stroller, Betul-Betul Dia Beli”
Baca Artikel Berkaitan: “First Time Tengok! Sangat Rare” – Keluarga Beri Kejutan Hadiah Konvo Seperti Hantaran Kahwin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Rare Hadiah Dia” – Netizen Teruja Pengantin Dapat Kambing Sebagai Hadiah Kahwin [Video]