fbpx
Now Reading
Lepas 7 Tahun Masak Di Dapur, Khairul Aming Buat Video Memasak Sambil Mengembara Di New Zealand [Video]

Lepas 7 Tahun Masak Di Dapur, Khairul Aming Buat Video Memasak Sambil Mengembara Di New Zealand [Video]

Menerusi video tersebut, Khairul Aming turut membuat sebanyak 3 jenis hidangan sewaktu berada di tepi tasik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang nama influencer dan usahawan, Khairul Aming pasti ramai yang kecur air liur apabila teringatkan video masakannya setiap kali tiba bulan Ramadan.

Malah Khairul Aming juga sering menjadi inspirasi buat ramai individu di luar sana dalam pelbagai perkara antaranya cara dia menjalankan perniagaan, usaha dilakukan untuk membina nama menerusi video masak dan sebagainya.

Apa yang lebih menarik, insan ini juga sentiasa ke depan untuk membantu peniaga-peniaga kecil untuk menaikkan jualan mereka.

Khairul Aming tampil buat siri memasak sambil mengembara di New Zealand

Baru-baru ini, Khairul Aming tampil dengan kelainan apabila memperkenalkan satu program memasak baharu.

Umum mengetahui sebelum ini, setiap video masakan atau perkongsian resepi yang dikongsikan oleh Khairul Aming dimasak di dapur dan studio khasnya.

Lepas 7 tahun masak di dapur, siri memasak di New Zealand ada 9 episod

Namun selepas 7 tahun melakukan perkara itu, kini Khairul Aming bersama kumpulannya telah menaik taraf kontennya untuk siri berkenaan dengan mengembara dan memasak di New Zealand.

Program masakan di New Zealand itu mempunyai sebanyak sembilan episod selain turut berkongsi dengan orang ramai perkara yang diterokainya sepanjang berada di negara berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Khairul Aming, dia telah mengunjungi negara berkenaan bersama rakan serumah untuk membuat siri masakan berkenaan.

Selain itu, influencer ini juga ingin membuat kenalan baru. Bagi siri pertama, Khairul Aming dan rakannya berkunjung ke Queenstown dan membeli barangan masakan termasuk perkakas sebelum membuat video masakan.

Malah enggan membuat pembaziran Khairul Aming memberitahu segala perkakas akan disedekahkan kepada para pelajar yang menyambung pelajar di New Zealand selepas selesai pengembaraan.

Untuk episod pertama buat 3 jenis hidangan

Mereka juga memlilih kawasan di tepi tasik sebelum membuat tiga jenis hidangan iaitu ayam ala-ala paprik, air jus oren bersama hirisan limau dan daun pudina serta yogurt bersama beri biru sebagai pencuci mulut.

Sebaik selesai memasak, mereka kemudian mengembara ke destinasi lain untuk menerokai dengan lebih lagi tentang negara tersebut.

Akui akhirnya impian tercapai untuk buat video sambil mengembara

Tak dinafikan pemandangan yang ditunjukkan dalam video tersebut sangat indah malah Khairul Aming mengakui mereka langsung tidak membuka sebarang lagu kerana ingin menikmati alam semula jadi di negara itu.

“Impian untuk teruskan ‘passion’ saya sambil mengembara akhirnya tercapai. Selamat datang ke episod pertama,” tulisnya di ruang kapsyen.

Ramai teruja lihat siri baharu yang ditampilkan Khairul Aming

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan siri masakan terbaru dari influencer berkenaan malah tidak sabar untuk menanti episod seterusnya.

Ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana sudi berkongsi perjalanan dan pengalamannya sepanjang berada di negara tersebut.

Tidak kurang juga ramai teruja melihat keindahan alam di New Zealand seperti yang dikongsikan oleh Khairul Aming.

“Sold out lah daun pudina dekat New Zealand nanti kan?”

“Video tak habis lagi saya dah tekan like”

“Syoknya tengok. Satu perkara tentang Khairul Aming, apa pun yang dia kongsi sentiasa rasa seronok je. Tak ada pun rasa macam menunjuk ke apa. Teruskan kongsi dan menginspirasikan (orang lain)”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.