Ramai Persoal Motif Ustaz Desak Wanita Buka Kamera Ketika Betulkan Bacaan Al-Fatihah [Video]
Menerusi video tersebut, ‘sifu’ kepada ustaz berkenaan menjelaskan tujuan meminta membuka kamera kerana ingin melihat gerakan mulut sewaktu membaca ayat al-Fatihah berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu khususnya yang beragama Islam pasti ingin sentiasa memperbaiki diri dalam mendalami agama.
Oleh itu, ramai yang mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari ilmu agama seperti memperbetulkan bacaan ayat al-Quran, mendalami ilmu fiqah dan sebagainya.
Tambahan pula dengan adanya media sosial di zaman teknologi ini, semua ilmu itu sangat mudah untuk didapatkan apabila terdapat banyak konten yang dilakukan para pendakwah untuk menjadi rujukan kepada orang ramai.
Ustaz jadi perhatian kerana minta wanita buka kamera
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita, apabila dia telah menyertai satu siaran langsung yang dilakukan oleh pendakwah bebas untuk membetulkan bacaan al-Fatihahnya sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi rakaman siaran langsung yang tular di TikTok, ustaz itu telah meminta wanita berkenaan untuk membuka kamera telefonnya sewaktu menyertai Live yang dilakukan di TikTok.
Buat live untuk betulkan ayat al-Fatihah
Di belakang ustaz berkenaan turut tertulis siaran langsung itu dibuat untuk memperbetulkan bacaan ayat al-Fatihah dan sesiapa yang berminat boleh menyertainya agar dapat membaca ayat suci itu dengan betul.
“Room Al-Fatihah. Fatihah tak betul, solat tak sah. Naik ‘kotak’ kalau nak betulkan al-Fatihah,” tulisnya dalam video tersebut.
Wanita enggan buka kamera hanya ingin baca al-Fatihah
Walau bagaimanapun, wanita terbabit enggan membuka kameranya kerana dia hanya ingin membaca surah al-Fatihah sahaja.
Namun ustaz berkenaan tetap memintanya untuk membukakan kamera dan perkara itu turut diminta oleh ‘sifunya’.
“Saya cakap ni awak faham tak? Awak dalam ‘room’ (live) jodoh awak boleh buka (kamera) dalam room baca al-Quran awak tak letak muka (buka kamera), kenapa awak ni?
“Awak faham tak? Ha nampak tak sifu suruh awak buka kamera, awak faham tak?” soal ustaz berkenaan.
Wanita tersebut kemudiannya tetap enggan melakukan perkara itu dan meminta agar ustaz tersebut membenarkannya.
Ustaz mohon maaf, buka kamera kerana ingin lihat mulut dan gerakan bibir sewaktu membaca
Ustaz itu bagaimanapun memohon maaf kerana jika boleh dia ingin wanita tersebut membuka kameranya.
Tidak lama selepas itu, seorang individu yang dipercayai ‘Sifu’ kepada ustaz tersebut turut menyertai live berkenaan dan memaklumkan tujuan meminta membuka kamera kerana ingin melihat gerak bibir sewaktu bacaan dilafazkan.
“Assalamualaikum Ira, Ira ustaz minta buka kamera kerana nak tengok mulut, gerakan bibir bila kita baca,” katanya lagi.
Ustaz tersebut turut mengatakan jika tidak membuka kamera bimbang ia individu itu tidak dapat mempelajarinya secara lengkap.
Ini kerana terdapat beberapa pengguna media sosial sebelum ini yang belajar separuh jalan dan ia boleh menyukarkan mereka untuk membetulkan bacaan berkenaan.
Video sama turut menjadi tular di laman X dan mendapat perhatian ramai.
Nak ajar mengaji tapi kena tunjuk muka baru boleh mengajar. Taktahu memang betul Ustaz ke apa dia ni 🤔 pic.twitter.com/aShx1dH9Oj
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) July 11, 2024
Ada yang sependapat kerana ingin lihat mahraj huruf
Melihat di ruangan komen, ada juga pengguna yang berpendapat ustaz terbabit akan ajar mahraj huruf. Ini kerana setiap huruf mempunyai tempat tersendiri apabila dilafazkan.
Sebagai contoh ada huruf yang perlu disebut melalui kerongkong, hujung lidah, berdekatan gigi dan banyak lagi.
Malah ada juga yang mengatakan ustaz tersebut sudah pun menjelaskan mengapa dia meminta individu itu membuka kamera dan pengguna lain tidak sepatutnya memuat naik konten sebegitu yang boleh menimbulkan fikiran negatif kepada pengguna lain.
Terdapat segelintir persoal tindakan ustaz minta buka kamera
Tidak kurang juga ada segelintir yang mempersoalkan tindakan ustaz tersebut kerana berpendapat tiada keperluan untuk membuka kamera ketika ingin mengajar sebutan yang betul.
Malah mereka mengatakan ramai pendakwah lain yang turut membetulkan bacaan orang menerusi pendengaran seperti dalam program yang diadakan di televisyen, radio dan sebagainya.
Ada juga yang meminta golongan wanita sebaiknya mencari ustazah untuk mengajar mereka mengaji kerana ia lebih mudah dan selesa.