
“Single Dapat Free” – Peniaga Bagi Durian Percuma Kepada Pelanggan Tiada Pasangan Jadi Perhatian [Video]
Apa yang lebih menarik adalah pelanggan single boleh memilih durian yang dimahukan dan tawaran itu dipercayai tidak terhad kepada satu jenis sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Musim durian telah pun tiba. Pergilah ke mana-mana negeri di Malaysia khususnya di kawasan Semenanjung, pasti akan ada peniaga yang menjual buah tersebut.
Dalam usaha untuk menarik pelanggan membeli produk mereka itu, setiap peniaga mempunyai cara kreatif yang tersendiri.
Selain daripada mengenakan harga berpatutan dan memberi diskaun atau mengupah influencer untuk membuat review, ada juga peniaga menggunakan cara pemasaran yang luar biasa dalam menarik pelanggan.
Beri Durian Percuma Kepada Pelanggan Single
Sebagai usaha untuk menarik pelanggan datang ke kedai, sebuah gerai durian yang terletak di Seberang Takir, Terengganu menjadi perhatian gara-gara cara unik teknik pemasaran mereka.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @echa_achaa, gerai durian itu menjadi perhatian kerana memberi tawaran istimewa khusus buat mereka yang single atau tidak mempunyai pasangan.
Buat pelanggan yang single, anda berpeluang untuk mendapat durian percuma apabila berkunjung ke gerai itu.
Pada mulanya, wanita berkenaan dan rakan lelakinya itu datang ke gerai durian tersebut. Apa yang menjadi perhatian adalah tanda harga yang tertera perkataan ‘kalau single, dapat free’.
Tidak percaya dengan apa yang dilihat, wanita itu bertanyakan kepada peniaga tersebut tentang kebenaran tawaran tersebut.
“Abang, betul ke orang single dapat durian free?” tanya wanita itu.
Soalan wanita itu dijawab serentak oleh kumpulan peniaga gerai durian berkenaan yang mengiyakan jawapan tersebut.
“Betul, kena mari (datang) sorang,” jawab peniaga terbabit.
Boleh Pilih Jenis Durian
Apa yang lebih menarik adalah pelanggan boleh memilih durian yang dimahukan dan tawaran itu dipercayai tidak terhad kepada satu jenis sahaja.
Ini kerana menerusi video itu, setiap jenis durian antaranya seperti Musang King, IoI, D24 dan kampung tertera ayat ‘kalau single dapat free’.
@echa_achaa Korang yang single cepat pegi claim durian free ok !
♬ original sound – Echaaaaaaaaaaaaaa – Echaaaaaaaaaaaaaa
Video Buat Pengguna TikTok Yang Single Teruja
Video yang telah mencecah lebih 420 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok yang melihat.
Rata-rata daripada mereka khususnya yang single teruja mendengar tawaran istimewa itu. Malah, ada segelintir mereka yang berasa dihargai dengan tawaran tersebut.
Ada juga yang menyuarakan keinginan untuk datang ke gerai itu bagi menikmati tawaran tersebut.
Namun, ada juga pengguna TikTok yang berseloroh mahu cari jodoh di gerai tersebut ekoran daripada tawaran itu yang dilihat menarik minat golongan yang tiada pasangan.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Pertama Kali Rasa Single Dihargai”

“Kalau Nak Pergi Cari Jodoh Boleh Tak?”

“Petang Ni Saya Sampai”

“Kalau Macam Ni, Yang Tak Single Pun Auto Single”

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Gerai Durian Tak Pakai Baju, Tayang Badan Curi Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Mabuk Jika Minum Kopi Selepas Makan Durian, Ini Penjelasan & Cara Pencegahannya