fbpx
Now Reading
Pemain Filipina Falcons AP.Bren Sport Akui Kekuatan SRG Dalam MLBB [Video]

Pemain Filipina Falcons AP.Bren Sport Akui Kekuatan SRG Dalam MLBB [Video]

Bagi Owgwen, dia menganggap pasukan SRG sebagai kumpulan yang ‘menggerunkan’ ketika menentang mereka dalam final MSC MLBB 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (14 Julai), pasukan Selangor Red Giants (SRG) mencipta sejarah apabila berjaya menjadi pasukan pertama dari Malaysia menjuarai kejohanan antarabangsa Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 menewaskan pasukan Filipina Falcons AP.Bren Sport malam tadi.

Kemenangan diperolehi oleh SRG sekali gus dilihat menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia bagi menjuarai aksi antarabangsa e-sukan.

SRG berjaya menewaskan wakil daripada Filipina itu dengan kemenangan tipis 4-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi.

Akui SRG Pasukan Hebat

Mengulas lanjut mengenai keputusan perlawanan itu, salah seorang wakil pasukan Filipina Falcons AP.Bren Sport, Owgwen mengakui bahawa desas-desus (rumours) tentang kekuatan SRG adalah benar.

Bagi Owgwen, dia menganggap pasukan SRG sebagai kumpulan yang ‘menggerunkan’ ketika menentang mereka dalam perlawanan akhir tersebut.

“Khabar angin itu betul. Mereka (SRG) lawan yang ‘menggerunkan’ dan sentiasa ‘catching up’ dalam permainan mereka,” kata Owgwen.

Dia memberikan jawapan tersebut selepas ditanyakan pendapat tentang corak permainan SRG dalam kejohanan antarabangsa itu sebaik perlawanan akhir tamat.

“Rumours Selangor Red Giants kuat memang benar!” Temubual eksklusif bersama pemain pasukan e-sukan MLBB dari Filipina Falcons AP.Bren, Owgwen setelah tamat perlawanan akhir MSC Esports World Cup 2024 di Riyadh. Pasukan MLBB Malaysia, Selangor Red Giants berjaya menjadi juara MSC MSC Esports World Cup 2024 selepas menewaskan pasukan dari Filipina Falcons AP.Bren dengan keputusan 4-3. Tonton video penuh di youtube Harimau Malaya. #HarimauMalaya #DemiMalaysia #SEETheWorld #MLBBEsports #MLBB #MLBBMSC2024 #EWC #EWC2024 #MSC2024 #SelangorRedGiants #Homebois #FalconsAPBren Yoodo Red Giants MPL Malaysia Mobile Legends Esports

Posted by HarimauMalaya on Sunday 14 July 2024

Malaysia Bukan ‘Easy Server’

Dalam pada itu, Ketua e-Sukan SRG Simon Lim, menjelaskan kemenangan ini membuktikan bahawa pasukan Malaysia bukanlah ‘easy server’ seperti yang dianggap oleh setengah pihak.

“Kejohanan dan trofi sudah cukup untuk menceritakannya, itu nombor satu. Namun, sejujurnya Malaysia bukan pasukan ‘easy server’.

“Bukan sahaja SRG, tapi kita juga ada pasukan Malaysia yang kuat. Tidak, kami bukan ‘easy server’,” katanya.

Kemenangan SRG Satu Perkara Bermakna

Malah bagi Simon, kemenangan yang diperolehi oleh SRG merupakan satu perkara yang bermakna bukan sahaja bagi dirinya malah buat Malaysia khususnya komuniti MLBB.

“Bukan sahaja kepada diri saya tetapi kemenangan ini turut memberi makna kepada Malaysia khususnya MLBB komuniti.

“Saya percaya kemenangan ini patut dirai bersama komuniti MLBB, akhirnya kita tidak lagi dipandang rendah,” jelasnya lagi.

Sebagai info, kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai USD1,000,000 (RM4,669,303.78)

Pemain jungler SRG Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau dikenali sebagai Sekys turut dinobatkan sebagai pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.

Video Pusingan Akhir MSC MLBB 2024

Baca Artikel Berkaitan: SRG Juara Mobile Legends MSC 2024, Bawa Pulang Wang Tunai RM4.67 Juta

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.