“Saya Mengaku Tiada Tauliah” – Ustaz Tido Akui Tak Layak Digelar Ustaz, Kini Tukar Nama Jadi Bro Tido
Bro Tido bagaimanapun akan berusaha untuk mendapatkan tauliah bagi mengajar al-Quran seperti apa yang dilakukannya kini menerusi siaran langsung di TikTok bersama pengikut-pengikutnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan, perkembangan media sosial pada masa kini menyebabkan pelbagai individu-individu tampil membuat pelbagai video atau perkongsian sehingga dikenali ramai.
Bahkan ada juga yang menggunakan pelbagai gelaran nama yang dibuat oleh mereka sendiri atau diberi netizen berdasarkan konten yang dilakukan. Antaranya seperti gelaran, chef, ustaz, sir dan sebagainya.
Bagaimanapun, pasti ada beberapa pengguna media sosial yang akan mempersoal tentang kelayakan influencer terbabit untuk mendapat gelaran berkenaan.
Ramai persoal kelayakan Ustaz Tido untuk digelar ustaz
Seperti baru-baru ini, orang ramai dilihat mempersoal tentang kelayakan seorang influencer yang dikenali sebagai Ustaz Tido yang banyak berkongsi tentang ilmu agama untuk menggunakan gelaran sebagai guru agama Islam itu.
Enggan memanjangkan cerita, Ustaz Tido akhirnya telah menukarkan nama panggilannya menjadi Bro Tido.
“Saya tukar nama panggilan saya dari Ustaz Tido ke Bro Tido,” katanya.
Bro Tido tukar nama panggilan, akui tiada tauliah dan tak layak digelar ustaz
Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @brotido, dia juga mengakui dirinya tidak mempunyai tauliah dan tidak mempelajari agama di peringkat yang lebih tinggi.
“Baiklah, saya mengaku tak ada tauliah, hanya belajar sekolah agama biasa, saya tidak layak digelar ustaz sebab saya tiada tauliah dan tidak mengaji agama tinggi sehingga ke menara gading,” katanya lagi.
Bro Tido akan usaha dapatkan tauliah mengajar al-Quran
Menurutnya, dia bagaimanapun akan berusaha untuk mendapatkan tauliah bagi mengajar al-Quran seperti apa yang dilakukannya kini menerusi siaran langsung di TikTok bersama pengikut-pengikutnya.
Jelasnya lagi, dia juga akan tetap mengajar al-Quran dan berdakwah kepada pengikut-pengikutnya di media sosial.
Bro Tido turut menjelaskan tentang maksud ‘Tido’ pada nama panggilannya itu yang merupakan singkatan bagi Taklim, Iman, Dakwah, Orang (TIDO).
Untuk video carousel Bro Tido klik di sini.
Sebagai info, akaun TikTok Bro Tido mempunyai lebih 245,000 pengikut.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Motif Ustaz Desak Wanita Buka Kamera Ketika Betulkan Bacaan Al-Fatihah [Video]