fbpx
Now Reading
“Apa Korang Buat Kalau Ada RM1 Juta?” – Karya ‘Still Alive’ Untuk Palestin Ini Raih Pujian Ramai [Video]

“Apa Korang Buat Kalau Ada RM1 Juta?” – Karya ‘Still Alive’ Untuk Palestin Ini Raih Pujian Ramai [Video]

Pelbagai mesej yang tersirat di dalam filem terbabit seperti buah tembikai yang mempunyai kesan terbakar menjadi cantik semula dan beberapa rakaman montaj ketika tragedi di Gaza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita sedia maklum bahawa peperangan yang berlaku di antara negara Palestin dan penceroboh Israel masih lagi berterusan sehingga hari ini sejak ianya tercetus pada 7 Oktober 2023 yang lalu.

Lebih menyayat hati, pelbagai kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis sehingga mengorbankan ribuan nyawa penduduk Gaza yang tidak bersalah termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas selain tempat tinggal mereka juga dimusnahkan.

Dunia umpama sudah membuka mata dan sedar akan tindakan tidak berperikemanusian yang telah dilakukan tentera Israel sehingga ada yang bersolidariti dengan memboikot serta memberi derma seperti wang, pakaian, makanan, perubatan dan sebagainya kepada penduduk di Gaza.

Karya ‘Still Alive’ khas buat Palestin raih perhatian ramai

Baru-baru ini, tular pula sebuah filem pendek berjudul ‘Still Alive’ karya Muhammad Shaffuan dan Denhouse Production yang dibuat khas untuk mengingati nasib saudara di Palestin hingga meraih perhatian ramai.

Filem pendek tersebut mengisahkan tentang empat sekawan lakonan Fimie Don, Bella Dowanna, Nik Rifa’ie, Imran Ail yang berangan apa yang dilakukan sekiranya mereka mempunyai wang RM1 juta.

Di dalam filem itu, Fimie sentiasa terbayang-bayang nasib yang menimpa penduduk di Gaza pada ketika ini manakala rakan-rakannya pula memikirkan hal yang lain jika mereka mempunyai RM1 juta seperti mengadakan parti, membuka perniagaan dan melancong.

Sarat dengan mesej tersirat di dalam filem, siap ada rakaman montaj ketika tragedi

Pelbagai mesej yang tersirat di dalam filem terbabit seperti buah tembikai yang mempunyai kesan terbakar menjadi cantik semula dan beberapa rakaman montaj ketika tragedi di Gaza.

Filem tersebut berakhir dengan persoalan yang diajukan oleh Fimie terhadap orang ramai sekiranya mempunyai RM1 juta, apa yang akan dilakukan dengan wang tersebut.

“Kalau korang ada satu juta, korang buat apa?” soal Fimie.

Netizen beri pujian, filem pendek berjaya menyentuh hati

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian terhadap video tersebut kerana berjaya menyentuh hati mereka terhadap nasib rakyat Palestin pada ketika ini.

Malah, ada juga yang berasa ‘goosebumps’ (meremang) melihat filem itu selain memberi pujian terhadap kesemua pelakon yang berjaya menjiwai watak.

From the river to the sea, Palestine will be free. 🍉

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.