fbpx
Now Reading
“Bahayakan Keselamatan” – Lelaki Tawar Servis Ukir Bunga Tayar Yang Botak Raih Kecaman Ramai [Video]

“Bahayakan Keselamatan” – Lelaki Tawar Servis Ukir Bunga Tayar Yang Botak Raih Kecaman Ramai [Video]

Meskipun tayar terbabit kelihatan seperti memiliki bunganya semula, namun fungsi tayar tersebut tidak akan sama seperti tayar baharu lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, setiap tayar kenderaan memiliki bunga tayar yang berbentuk garis lurus atau berlekuk yang berfungsi memberi cengkaman, daya tarikan sewaktu memecut dan brek serta menyingkirkan air di atas jalan raya yang basah.

Jika bunga tayar tidak lagi kelihatan atau dalam bahasa mudahnya tayar ‘botak’, ia pasti boleh mendatangkan bahaya kerana fungsi tayar tersebut sudah berkurangan.

Oleh itu, setiap pemandu perlulah menukar tayar kenderaan yang baharu bagi mengelak sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Malah, pemandu yang didapati memandu dengan tayar yang botak boleh dikenakan tindakan saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).

Tular lelaki tawar khidmat buat bunga tayar bagi tayar botak

Baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki menawarkan khidmat membuat semula bunga tayar yang sudah ‘haus’.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @mhmmdhsm, kelihatan bunga tayar bagi kenderaan berat berkenaan sudah hilang sepenuhnya.

Korek tayar buat bentuk seakan bunga tayar yang asal

Lelaki terbabit mengorek tayar lori berkenaan agar mempunyai bentuk seperti tayar bunga yang asal dengan menggunakan peralatan khas dibawanya.

“Buat bunga sendiri? Macam mana lah (lori) tak terbabas, tayar meletup semua,” ciapnya.

Meskipun tayar terbabit kelihatan seperti memiliki bunganya semula, namun fungsi tayar tersebut tidak akan sama seperti tayar baharu lagi.

Tidak hanya itu, tindakan terbabit juga boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain sekiranya berlaku masalah seperti tayar meletup, pecah atau lori terbabas kerana jalan licin.

Netizen pakat kecam, tindakan lelaki itu boleh membahayakan nyawa orang lain

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi kecaman terhadap lelaki berkenaan kerana tindakannya itu boleh menjadi punca kehilangan nyawa insan yang tidak bersalah.

Tidak hanya itu, ada juga yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit kerana menawarkan servis berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Nak Tahu Tayar Baru Atau Lama, Elak Ditipu Penjual

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.