Baru Umur Setahun Dah Pandai Makan Musang King, Keletah Anak Kacukan Asia-Eropah Makan Durian Jadi Perhatian [Video]
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Skyla itu dilihat berselera ketika menjamah buah tersebut dan berjaya menghabiskan tiga ulas durian Musang King itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Durian merupakan antara buah yang sering menjadi pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda.
Ini kerana rasanya yang manis dan berlemak pasti membuat seseorang itu teringat-ingat akan raja buah ini.
Bukan sahaja Malaysia dan Asia Tenggara tetapi ada juga orang dari luar negara yang turut menjadikannya sebagai buah kegemaran. Malah, ada yang turut menikmatinya bersama keluarga dan anak-anak mereka.
Umur Setahun Dah Pandai Makan Durian
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @ninamonzolevska, wanita yang berasal dari Ukraine itu berkongsikan momen di mana dia dan keluarganya menikmati durian jenis Musang King.
Apa yang menjadi perhatian adalah anak perempuannya yang baru berusia setahun turut menikmati buah tersebut.
Malah, anaknya yang dikenali sebagai Skyla itu dilihat tidak kekok serta mengambil beberapa ulas durian sebagai simpanan untuk dirinya sendiri.
Difahamkan, Nina dan suaminya membeli durian jenis Musang King itu pada harga $30 dolar atau anggaran bernilai RM104.00.
Makan Sampai Tiga Ulas Durian Musang King
Menerusi video itu juga, Skyla dilihat berselera ketika menjamah buah tersebut dan berjaya menghabiskan tiga ulas durian berkenaan.
Malah, si cilik itu dilihat menjilat biji durian yang terakhir walaupun isinya telah habis di makan dan memastikan tiada lagi sisa isi durian yang tinggal di jari kecilnya itu.
Menerusi ruangan komen, Nina turut menjelaskan anaknya itu suka dengan buah berkenaan sehinggakan dia dan suaminya membeli sebiji lagi buah tersebut.
Pada masa yang sama, Nina yang juga seorang model di Singapura menjelaskan Musang King yang dimakannya itu merupakan durian yang paling sedap pernah dinikmati olehnya.
“Ini adalah durian terbaik yang pernah saya cuba dalam hidup saya,” kata Nina.
Pengguna TikTok Beri Pelbagai Reaksi
Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.5 juta itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok. Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa kagum apabila melihat si cilik itu tidak kekok ketika menikmati raja buah tersebut.
Malah, ada yang membandingkan respon Skyla dengan kanak-kanak lain yang tidak gemar dengan buah itu.
Tidak kurang juga ada pengguna TikTok yang mencadangkan agar Nina cuba menikmati buah durian jenis lain seperti Udang Merah dan Black Thorn kerana rasanya yang berbeza antara satu sama lain.
Namun, ada segelintir mereka yang risau melihat anak Nina yang baru sahaja berusia setahun menikmati buah tersebut.
Ini kerana sifat buah durian yang dianggap ‘panas’ berkemungkinan boleh menyebabkan kanak-kanak itu demam.
Boleh Ke Kanak-Kanak Umur Setahun Makan Durian?
Untuk info, kanak-kanak berusia setahun ke atas dibolehkan untuk menikmati buah durian.
Malah, menurut pakar pemakanan, Dr Amalina Mohd Daud pernah menjelaskan bahawa durian boleh diperkenalkan kepada bayi seawal usia enam bulan.
Namun, ibu bapa perlulah memperkenalkannya dengan cara yang betul serta diingatkan agar memantau dan mengawal pemakanan buah tersebut kerana ia mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Wei, Kecil-Kecil Dah Hantu Durian Tapi Durian Memang Sedap Kan Dik”
“Dah Cuba Durian Udang Merah? Mesti Dia Suka”
“Kak, Jangan Banyak Kak, Demam Nanti Anak Tu”
“Kak Jangan Ajar Kak, Nanti Bukan Musim Diorang Meraung Minta Durian, Naya”
“Anak Aku Dua Orang Ni Nampak Durian Pun Lari”
Baca Artikel Berkaitan: