fbpx
Now Reading
Lelaki Sebar Ajaran Sesat Di TikTok ‘Live’, Siap Mengaku Naik Ke Langit Jumpa Allah [Video]

Lelaki Sebar Ajaran Sesat Di TikTok ‘Live’, Siap Mengaku Naik Ke Langit Jumpa Allah [Video]

Sesi live dibuat oleh lelaki terbabit di akaun TikTok miliknya telah meraih lebih 300 jumlah tontonan di mana rata-rata penonton mengecam dan tidak mempercayai ceritanya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, sehingga hari ini masih lagi ada segelintir pihak mengamalkan ajaran sesat yang jauh terpesong daripada agama Islam.

Apa yang menakutkan, golongan tersebut menyebarkan kefahaman tersebut kepada orang ramai sehingga ada yang percaya dan mengikutinya.

Jika sebelum ini, tular di media sosial mengenai ajaran sesat Si Hulk yang mendakwa Nabi Muhammad SAW merupakan Allah SWT.

Lelaki mengaku naik ke langit jumla Allah SWT

Terbaharu, tular pula di media sosial satu rakaman siarang langsung (live) di TikTok seorang lelaki yang mendakwa telah naik ke langit dan bertemu dengan Allah SWT.

Menerusi perkongsian klip video yang dimuat naik di akaun X @poxjaxx, lelaki terbabit turut mengakui kononnya dia ada berbual dengan Allah sebelum turun daripada langit dan bertemu pula dengan Malaikat Jibril yang menyamar sebagai orang tua.

“Saya turun (langit), saya berhenti ambil orang tua, Allah kata orang tua itu Malaikat Jibril yang menyamar sebagai orang tua.

“Lepas itu saya turun (langit), besoknya itu saya hubungi guru saya dan cerita, ‘semalam macam itu macam ini’, lepas itu dia cakap terima kasih kamu telah sampai apa yang kamu nak, kamu nak tahu siapa Imam Mahdi,” katanya.

Dakwa Nabi Muhammad adalah Imam Mahdi

Dakwa lelaki itu, Imam Mahdi merupakan Nabi Muhammad SAW yang akan bertukar nama ketika turun ke bumi di akhir zaman nanti.

Selain itu, dia turut mendakwa Imam Mahdi akan turun dahulu ke bumi dari langit sebelum turunnya Nabi Isa.

“Jadi peruntukan emas-emas di alam ghaib ini semua adalah untuk Imam al-Mahdi, siapa Imam Mahdi ini? Adalah Muhammad Rasulullah yang akan bergandingan dengan Nabi Isa,” katanya lagi.

Sesi live yang dibuat oleh lelaki terbabit di akaun TikTok miliknya telah meraih lebih 300 jumlah tontonan di mana rata-rata penonton mengecam dan tidak mempercayai ceritanya itu.

Netizen sifatkan cerita lelaki terbabit sebagai mengarut seperti di bawah pengaruh dadah

Sementara itu, di ruangan komen di X pula, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan cerita yang disampaikan oleh lelaki terbabit adalah mengarut dan seperti di bawah pengaruh dadah.

Malah, ada juga segelintir netizen yang meminta orang ramai agar melaporkan akaun TikTok milik lelaki tersebut agar ianya disekat.

Allahu mengarut dan terpesong betul cerita yang disampaikannya…

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Pengikut Dakwa Nabi Muhammad Itu Allah, Ini Info Mengenai Ajaran Sesat Si Hulk

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.