Kes Nur Farah Kartini: Pembaca Berita Sebak Baca Kes Kematian Rakan Sendiri [Video]
Jelas Anas yang merupakan pembaca berita RTM, itu merupakan kali pertama dia berhadapan dengan keadaan sedemikian yang menguji tahap profesionalismenya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kes pembunuhan melibatkan alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) masih hangat lagi diperkatakan sehingga kini.
Mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah yang berusia 25 tahun ditemukan mati di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang semalam (15 Julai).
Penemuan itu nyata mengejutkan semua pihak terutama keluarga dan rakan rapat mangsa yang giat mengesan dan menunggu kepulangan Farah sejak kehilangannya pada Rabu lalu (10 Julai).
Baca Artikel Berkaitan: Nur Farah Kartini Disyaki Dibunuh, Polis Tahan Penjawat Awam Lelaki
Rakan Sebak Baca Kes Kematian Nur Farah Kartini
Namun siapa menyangka, seorang penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) terpaksa bersikap profesional ketika menyampaikan berita kes kematian Nur Farah Kartini. Ini kerana wanita itu adalah rakannya.
Pembaca berita yang dikenali sebagai Anas Muhammad Farihin atau Anas berkongsikan rakaman video dirinya yang sedang membaca berita menerusi akaun TikTok miliknya @thenoshlerr.
Jelas Anas, itu merupakan kali pertama dia berhadapan dengan keadaan sedemikian yang menguji tahap profesionalismenya.
“Ini kali pertama aku menyampaikan berita di mana tahap professionalku betul-betul tercabar. Waktu ini emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak di dada perlu ditahan.
“Faa (Nur Farah Kartini) ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan.
“Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah,” tulis Anas menerusi ruang kapsyen.
Mula Berkawan Sejak Menuntut Di Universiti Yang Sama
Memetik Harian Metro, Anas menjelaskan bahawa hubungan persahabatan di antara dirinya dan mangsa mula terjalin sejak menuntut di UPSI.
“Kami mula berkawan ketika menuntut di UPSI. Kami satu pasukan pada setiap kali minggu orientasi pelajar baharu sepanjang tiga tahun. Walaupun saya senior dia, tapi kami sebaya.
“Dia seorang yang baik, sopan santun dan sentiasa tersenyum. Lagi satu, dia juga aktif dalam persatuan di UPSI dan kami selalu bekerjasama. Pendek kata, dia seorang yang berdedikasi dalam kerja,” katanya.
Terima Berita Kehilangan Ketika Baca Tahlil Bersama Rakan Lain
Tambah Anas lagi, dia terkejut dan masih tidak percaya dengan insiden yang menimpa rakan baiknya itu.
“Lagi pula, ketika berita kehilangan Faa, saya bersama rakan UPSI membuat bacaan tahlil secara dalam talian. Tidak menjangka ia berakhir dengan tragedi pilu,” katanya lagi.
Pengguna TikTok Turut Sama Bersedih
Video yang telah mendapat tontonan lebih 3.3 juta itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok. Rata-rata turut sama menzahirkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa wanita itu.
Malah, ada yang turut mengucapkan salam takziah kepada Anas serta mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Sedihnya Tengok Pembaca Berita Sebak & Menangis”
“I Feel You Bro, Kita Alumni Turut Terasa Dengan Berita Ini”
“Semoga Ditempatkan Di Kalangan Orang Beriman Cikgu Farah”
“Good Job Anas”
“Salam Takziah, Aku Sebagai Orang Luar Pun Terkesan”
Baca Artikel Berkaitan: Nur Farah Kartini Disyaki Dibunuh, Polis Tahan Penjawat Awam Lelaki
Baca Artikel Berkaitan: PDRM Sahkan Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Anggota Polis Di Perak