fbpx
Now Reading
Ramai Tercengang Lihat Lelaki Buat Konten Makan Sapuan Coklat Penuh Satu Akuarium [Video]

Ramai Tercengang Lihat Lelaki Buat Konten Makan Sapuan Coklat Penuh Satu Akuarium [Video]

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Andcarli berjaya menghabiskan kesemua kandungan coklat dalam akuarium berkenaan dalam masa tiga jam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan media sosial telah menjadi satu norma bagi orang ramai serata dunia. Ia bukan sahaja terdedah kepada golongan dewasa, bahkan orang muda juga tidak terkecuali.

Seperti hari ini, anda boleh lihat pelbagai trend dilakukan oleh generasi muda bagi mendapatkan perhatian ramai. Sebagai contoh video ASMR, mukbang dan banyak lagi.

Pun begitu, segelintir daripada mereka sanggup membuat konten yang mampu memberi kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan semata-mata untuk meraih jumlah tontonan (views) dan populariti.


Lelaki Makan Sapuan Coklat Penuh Satu Akuarium

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@andcarli), menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Anderson Lima Andcarli dipercayai rakyat Brazil sedang meletakkan beberapa botol besar sapuan coklat ke dalam sebuah akuarium.

Selepas memenuhi akuarium tersebut dengan manisan itu, lelaki tersebut kemudian mengambil sudu dan mencedok coklat berkenaan terus ke dalam mulutnya.

Aksi yang sama telah dilakukan oleh Andcarli sehinggalah kesemua manisan di dalam akuarium habis dimakannya.

Bukan setakat tiga ke empat sudu, tetapi beratus suapan coklat ya! Lelaki tersebut juga telah mencedok segala coklat yang melekat di gelas akuarium agar semua sisa coklat itu tidak tertinggal.

Sumber: TikTok (@andcarli)

Habiskan Coklat Dalam Masa 3 Jam

Difahamkan, dia berjaya menghabiskan kesemua kandungan coklat itu dalam masa tiga jam.

Di hujung perkongsian, lelaki tersebut turut menunjukkan dirinya mengalami ketidakselesaan pada bahagian perut selepas menjamah coklat dengan begitu banyak.

Perkongsian tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter).

Menerusi carian di Instagram, Andcarli yang mempunyai pengikut 462 ribu pengikut dilihat aktif berkongsi video eksperimen membabitkan makanan seperti tembikai, mandi dengan air coca-cola dan banyak lagi.


Orang Ramai Bimbang Lihat Lelaki ‘Melantak’ Coklat

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai dilihat bimbang dengan kesihatan lelaki tersebut selepas menjamah coklat yang banyak.

“Jangan cari pasal. Aku dah jumpa budak umur 20-an kena dialisis sebab hari-hari ambil air gas. Diabetes dia teruk sampai kena dialisis. Kalau kena potong kaki lagi haru,” jelas seorang pengguna X.

Malah ramai juga semakin bimbang dengan trend orang muda zaman kini kerana melakukan konten yang mampu memudaratkan kesihatan.

“Hari itu dah ada seorang influencer meninggal dunia sebab makan ayam goreng, banyak sangat kolestrol tersumbat. Yang ni risau jadi benda sama. Selama berapa jam tu, berapa tan gula dah masuk ke dalam badan?” tanya seorang wanita.

Sementara itu, orang ramai memberi peringatan bahawa tubuh badan yang kurus tidak menjamin seseorang itu sentiasa sihat.

“Mesti dia fikir orang kurus tiada penyakit kan? Hakikatnya orang kurus lagi banyak penyakit,” ujar seorang netizen.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemuda Umur 21 Tahun Terpaksa Potong Kaki Sebab Kencing Manis, Minum Air Berkarbonat Setiap Hari

Baca Artikel Berkaitan: “Pagi, Petang, Siang, Malam Teh Tarik” – Lelaki Ini Kongsi Punca Kaki Kena Potong

Baca Artikel Berkaitan: Minum Air Masak Sahaja, Ambil Buah, Order Lauk Sayur & 5 Lagi Tips Untuk Kawal Kalori Jika Makan Di Restoran

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.