
Sandal Macam Selipar Jamban Dijual Lebih RM5,500 Di Arab Saudi Raih Perhatian Ramai [Video]
Sandal berbentuk selipar Jepun itu dipamerkan dalam almari kaca dengan pelbagai pilihan warna di sebuah butik di Arab Saudi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis sandal yang dijual dan digunakan oleh rakyat di negara ini, antara sandal yang paling popular sejak dahulu lagi semestinya ‘selipar Jepun’.
Selipar Jepun ini menjadi antara sandal yang popular di Malaysia oleh kerana ia mudah didapati dan harganya yang murah.
Bahkan kebanyakan rumah-rumah di negara ini menggunakan selipar Jepun sebagai kegunaan dalam bilik air sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘selipar jamban’ atau selipar tandas.
Kedai di Arab Saudi jual sandal seperti selipar Jepun setinggi RM5,712
Bagaimanapun, siapa sangka sebuah kedai di Arab Saudi telah menjual sandal berbentuk seperti selipar Jepun ini pada harga yang tidak masuk akal.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @rishibagree, sandal yang dipamerkan secara eksklusif di dalam almari kaca di sebuah butik mewah itu dijual pada harga 4,590 Riyal (bersamaan dengan RM5,712).
Dalam video yang diambil daripada laman Kuwait Inside itu, kelihatan sandal tersebut tampil dengan pelbagai pilihan campuran warna seperti putih biru, putih merah, putih hijau, jingga kelabu dan banyak lagi.
Penjual sandal berkenaan juga menunjukkan kualiti selipar tersebut dengan cara menekan-nekan dan melipat untuk menunjukkan kelembutan serta keselesaannya jika dipakai di kaki.

Bukan hanya di Malaysia, masyarakat India juga guna sebagai selipar tandas
Memetik ciapan pemilik akaun X berkenaan, selipar Jepun itu bukan sahaja digunakan di Malaysia, malah masyarakat di India turut menggunakannya di tandas.
“Kami (warga India) gunakan sandal ini sebagai alas kaki di dalam tandas,” ciapnya.
We Indians use these sandals as a toilet footwear 😀 pic.twitter.com/7EtWY27tDT
— Rishi Bagree (@rishibagree) July 16, 2024
Ramai akui sandal dengan bentuk sebegitu dijual murah di negara mereka
Video berdurasi 21 saat itu mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial termasuk dari Indonesia bersetuju sandal tersebut boleh didapati pada harga yang jauh lebih murah di negara mereka.
Malah ada juga yang menyifatkan sandal terbabit sebagai tidak berbaloi dibeli meskipun mempunyai kualiti yang tinggi kerana rupanya yang terlalu ‘simple’ seperti kebanyakan selipar yang lain.
I could buy 1.922 of it here pic.twitter.com/AKgBNnwZy5
— Bintang (@tang__kira) July 17, 2024
4500Riyals = ₹100280 💀💀 Bc India me ye ₹100 me mil jati hai
— diveshchaudh@ry (@diveshchaudhry8) July 16, 2024
$1200 for flip flops? That's nuts 😅
— Alex (@AlexanderMolte1) July 16, 2024
Man I have 3 pairs of these slippers.
— Kuldeep Singh (@kuldeep_d22) July 17, 2024