“Terbaik Cikgu” – Pelajar Tahun 3 Pandai Main Rekorder Lagu 90an Raih Perhatian Ramai [Video]
Pengguna TikTok yang juga merupakan guru muzik kelas berkenaan mendedahkan anak muridnya itu berlatih menggunakan rekorder sejak bulan puasa yang lalu bagi menguasai kemahiran memainkan lagu berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pendidikan Muzik merupakan antara subjek yang diajar ketika zaman sekolah rendah.
Jika diimbau kembali, antara alat muzik yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar untuk kegunaan kelas itu adalah rekorder.
Namun ada segelintir individu mempersoalkan kepentingan alat berkenaan memandangkan ianya jarang digunakan dalam kelas tersebut.
Jika ada sekalipun, lagu yang dimainkan pula bukanlah lagu yang biasa didengar dan hanya sesuai untuk kanak-kanak.
Main Lagu 90-an Guna Rekorder
Berbeza pula dengan murid sebuah sekolah rendah di Seremban, Negeri Sembilan ini apabila berpeluang memainkan lagu popular menggunakan rekorder.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di akaun TikTok @kamarulshahril, kelihatan sebuah kelas yang terdiri daripada pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang, Seremban sedang memainkan lagu dari kumpulan Rio bertajuk Layu Dihujung Mekar.
Apa yang menjadi perhatian adalah kesemua murid dalam kelas tersebut berjaya memainkan lagu itu dengan merdu dan harmoni.
Latih Lagu Guna Rekorder Sejak Bulan Puasa
Menerusi ruangan komen, pengguna TikTok yang juga merupakan guru muzik kelas berkenaan mendedahkan anak muridnya itu berlatih sejak bulan puasa yang lalu iaitu sekitar Mac bagi menguasai kemahiran memainkan lagu berkenaan.
Malah, difahamkan anak muridnya itu lebih banyak berlatih sendiri berbanding di kelas memandangkan waktu mengajar subjek tersebut yang terhad.
Mahu Buktikan Muzik Satu Pekerjaan
Menerusi balasan komen, guru muzik berkenaan menjelaskan bahawa dia mahu membuktikan muzik juga merupakan satu pekerjaan atau perniagaan.
Dengan mengajar penggunaan alat muzik tersebut, Zulkifli mahu anak muridnya itu mempunyai sekurang-kurangnya satu kemahiran.
Difahamkan, hampir 100 buah lagu telah dimainkan mengguna rekorder oleh anak muridnya itu.
Menerusi hantaran berasingan, dapat dilihat beberapa video yang menunjukkan kanak-kanak sekolah tersebut yang terdiri daripada tahun empat, lima dan enam turut memainkan lagu berlainan menggunakan alat muzik itu.
Dapat Pujian Pengguna TikTok
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok kagum dan memuji guru berkenaan yang dilihat berjaya mengajar anak muridnya itu menggunakan rekorder dengan memainkan lagu popular.
Malah, video itu turut mendapat pujian daripada penyanyi asal lagu 90-an berkenaan iaitu Shafie Rio. Malah, komposer terkenal Eddie Hamid turut memuji guru berkenaan di ruangan komen.
Berikut antara komen pengguna TikTok: