“Terima Kasih Anak Muda” – Founder Misi & Staf Bekerjasama Bersihkan Tasik Di Puncak Alam Dapat Pujian [Video]
Menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya, inisiatif yang disifatkan sebagai khidmat masyarakat itu dilakukan bersama 40 orang kakitangan Founder Café dan Ibu Pejabat Misi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu seringkali dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan tidak kira sama ada di rumah atau di luar.
Namun, ada segelintir orang yang tidak bertanggungjawab dilihat sambil lewa apabila menyentuh tentang kebersihan seperti membuang sampah merata-rata.
Perbuatan buruk ini sememangnya memberi kesan kepada alam sekitar malah boleh mencacatkan pemandangan sekiranya sampah itu dibuang di lokasi tumpuan pelancong seperti laut, sungai atau tasik.
Ambil Inisiatif Bersihkan Tasik Kotor Di Puncak Alam
Menyedari akan tanggungjawab manusia kepada alam sekitar, seorang individu yang dikenali sebagai Founder Misi telah mengambil inisiatif membersihkan sebuah tasik di Puncak Alam yang dipenuhi dengan sampah sarap.
Menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya, inisiatif yang disifatkan sebagai khidmat masyarakat itu dilakukan bersama 40 orang kakitangan Founder Café dan Ibu Pejabat Misi.
“Ini cuma tanggungjawab kami terhadap kawasan Puncak Alam, tempat kami duduk. Semua dalam video ni adalah staf Founder Cafe dan Team HQ Misi seramai 40 orang.
“Ini sebagai aktiviti khidmat masyarakat sebelum aktiviti bawa semua team meals entertainment seminggu sekali.
“Saya cuma nak sampaikan bahawa ‘kita kena bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi di atas bumi ini’,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.
Siap Beli Peralatan Untuk Cuci Tasik, Ambil Masa Lebih Dua Jam Cuci Keseluruhan Tasik
Melalui video yang turut dikongsikan pada hantaran sama, kelihatan beberapa individu yang menyertai aktiviti tersebut membeli peralatan seperti jaket keselamatan dan jaring untuk digunakan dalam misi membersih tasik itu.
Walaupun telah hampir dua jam membersih dan mengutip sampah di tasik tersebut namun kakitangan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan itu dilihat masih tidak henti mengutip sampah yang kebanyakannya terdiri daripada botol plastik di tepi dan tengah tasik berkenaan.
Di akhir video berkenaan, kelihatan berpuluh plastik sampah diangkat ke bahagaian belakang kenderaan 4X4 serta dibawa menggunakan motosikal ke tempat pembuangan sampah yang sebenar.
Malah, pemandangan tasik itu dilihat kembali cantik seperti biasa selepas kumpulan individu ini bertindak membersihkan kawasan tersebut.
Tonton video penuh di sini.
Ramai Puji Tindakan Founder Misi & Kakitangan
Video yang telah dimainkan melebihi 1.7 juta itu nyata menarik perhatian pengguna Facebook. Rata-rata memuji tindakan founder Misi dan stafnya yang sanggup membersihkan tasik berkenaan.
Malah, ada yang mendoakan agar mereka dikurniakan pahala yang lebih atas perbuatannya itu.
Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan siapakah sebenarnya pihak yang bertanggungjawab mencuci kawasan tersebut.
Ada juga pengguna yang melampirkan gambar di lokasi berlainan menunjukkan ada tempat lain yang turut dipenuhi dengan sampah.
Siapa Founder Misi?
Untuk info, individu yang bergelar founder Misi ini dikenali sebagai Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi. Faiz yang merupakan programmer merupakan pengasas platform Misi Rakyat.
Dia sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai apabila membantu dua orang bayi yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Muhammad Athif Fahri dan Wan Muhammad Naail.
Faiz membantu kedua-duanya apabila berjaya mendapat suntikan ubat Zolgensma bernilai RM9.8 juta menerusi kutipan dana yang dibuat menerusi platform Misi Rakyat.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Terima Kasih Anak Muda, Semoga Hidup Kamu Dirahmati Allah Selalu”
“Misi Memang Terbaik”
“Bersatu Jaga Alam Sekitar, Tak Perlu Tunggu Harap Pihak Berwajib”
“Jika Ada Sampah Sarap Dalam Tasik, Siapa Yang Seharusnya Bersihkan? PBT Atau NGO?”
Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Lagi Konten Acah Bagus” – Founder Misi Rakyat Akui Tersilap Langkah, Ingin ‘Restart’ Semula
Baca Artikel Berkaitan: Tasik Chini Kini Tidak Lagi Penuhi Penuhi Kriteria Biosfera Unesco – Laporan