“Tinggi Kot!” – Ramai ‘Goyang Lutut’ Lihat Wanita Selamba Panjat Tembok Apartmen Ke Balkoni [Video]
Di dalam video tersebut, wanita berkenaan juga dilihat memakai topi keledar yang dipercayai sebagai keselamatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di Malaysia, menetap di kediaman jenis strata merupakan salah satu pilihan rakyat di negara ini terutamanya yang tinggal di sekitar Lembah Klang atau kawasan yang berpenduduk padat.
Tidak dinafikan, kediaman jenis strata seperti flat, pangsapuri, atau kondominium mempunyai kelebihan tersendiri seperti tidak ditenggalami air sekiranya berlaku banjir, serta boleh menikmati pemandangan hanya daripada dalam rumah.
Bagaimanapun, terdapat juga risiko seperti terjatuh dan sebagainya, apa yang lebih membimbangkan ia boleh meragut nyawa.
Tular video wanita panjat tembok apartmen untuk melangkah ke balkoni rumah
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita memanjat tembok sebuah apartmen.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @shopwithriz, wanita terbabit bertindak demikian dipercayai untuk melangkah masuk ke dalam balkoni rumahnya.
Di dalam video tersebut, wanita berkenaan juga dilihat memakai topi keledar yang dipercayai sebagai keselamatan.
“Nasib pakai helmet, selamat sikit kalau jatuh pun,” ciap pemilik akaun X secara sarkastik.
Panjat tembok dari dari tingkat yang tinggi
Dalam video sama, dapat dilihat jelas wanita berkenaan berada di tingkat yang tinggi ketika kamera dihalakan ke bawah.
Ia sekali gus jelas menunjukkan bahawa topi keledar yang dipakai oleh wanita terbabit tidak akan mampu menyelamatkannya sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Pun begitu, tidak dinyatakan sebab utama mengapa wanita terbabit sanggup memanjat tembok dan melangkah ke balkoni rumah berkenaan.
nasib pakai helmet, selamag skit kalau jatuh pon😌 pic.twitter.com/UkEgpyAg4P
— Riz🇲🇾🇵🇸 (@shopwithriz) July 16, 2024
Video berdurasi 23 saat itu berjaya menarik perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial berasa seram sejuk dan seriau melihat aksi wanita terbabit.
Netizen pakat kecam, persoal tak fikir dulu ke sebelum buat?
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna X turut memberikan kecaman terhadap wanita terbabit kerana menyifatkan tindakannya itu sebagai sesuatu yang bod*h serta boleh meragut nyawa.
Segelintir netizen turut mempersoal adakah wanita terbabit tidak berfikir dahulu kemungkinan yang boleh berlaku sebelum memanjat tembok berkenaan.
Apa nak buat kalau rumah terkunci?
Kecuaian seperti kehilangan kunci rumah atau kunci tertinggal di dalam rumah merupakan perkara biasa yang dilalui ramai orang, namun bagi yang tinggal di kediaman strata memanjat tembok masuk melalui balkoni atau tingkap bukanlah satu keputusan yang bijak.
Pelbagai pilihan lain yang anda boleh lakukan seperti memanggil pakar kunci untuk membuka grill dan pintu atau membuat kunci pendua (dublicate key) atau meminta bantuan orang ramai untuk memecahkan pintu rumah.
Ingat kawan-kawan, duit boleh dicari tapi nyawa tidak boleh dibeli dan diganti.
Untuk info, pada Mei lalu, seorang pelajar tingkatan lima cedera selepas terjatuh dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya dengan memanjat tembok.
Difahamkan mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.
Berikut komen yang diberikan netizen di X:
kitorg klu tertinggal kunci, pergi blk kwn lain dlu lerr. contact la housemate smua. kenapa perlu panjat tu. dia mcm pggl org dlm blk je. aduh bhya. klu nk jd blh jd adikkk. Allahu
— RED SUIT (@So_ongDK) July 16, 2024
Tumpang tanya, sekarang orang memang tak fikir 2-3 kali eh bila nak buat sesuatu?
— 🇲🇾Kim…🇵🇸 (@myrul2009) July 16, 2024
Aku sanggup pecah pintu/grill dari pecah kepala.
— NOOBIST (@NOOBIST7) July 16, 2024
Astaghfirullahalazim. Sanggup buat sampai begitu. Ibu-Bapa lihat kau buat benda macam ini, marah tahu.
— Kau Tak Apa-Apa (@anakanakantooo) July 16, 2024