fbpx

“Jagalah Amal Ibadatnya” – Ramai Sebak Dengar Ucapan Bapa Pengantin Perempuan Ketika Akad Nikah [Video]

Melalui video itu turut kelihatan pengantin perempuan serta ibunya turut mengesat air mata ketika mendengar ucapan berkenaan yang diucapkan kepada pengantin lelaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ibu bapa bertanggungjawab mendidik dan melindungi anak ada lelaki atau perempuan.

Namun bagi anak perempuan, tanggungjawab itu akan diambil alih oleh suaminya sebaik sahaja dia mendirikan rumah tangga.

Sudah semestinya keadaan ini menjadi satu perkara yang sukar untuk diterima oleh segelintir ibu bapa kerana terpaksa melepaskan anak yang telah dijaga bertahun lamanya kepada orang lain.

Bapa Pengantin Beri Ucapan Kepada Pengantin Lelaki

Begitu juga yang terjadi kepada seorang bapa yang sedih setelah terpaksa melepaskan tanggungjawab kepada suami anak perempuannya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @faridismproduction, kelihatan si bapa sebak ketika menyampaikan kata-kata kepada pengantin lelaki yang bernama Anwar dalam satu majlis akad nikah.

Apa yang menjadi perhatian adalah kata-kata yang diucapkan oleh wali pengantin perempuan itu sehingga menyentuh perasaan tetamu yang hadir.

“Jadi dengan ini ayahanda serahkan anakanda Zuhairatul Jannah untuk diberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Anwar untuk menjaga dunia dan akhirat.

“Jagalah amal ibadatnya dan kalau boleh 30 Juzuk di dalam badannya terjaga. Dia dah hafal 30 juzuk, kalau boleh selalulah baca sama-sama, setiap hari kalau boleh, jangan hilang yang 30 juzuk.

“Jadi dengan itu terima kasih banyak-banyak. Saya tak boleh cakap banyak, sebak sebab ini anak perempuan bongsu,” katanya.

Melalui video itu turut kelihatan pengantin perempuan serta ibunya turut mengesat air mata ketika mendengar ucapan berkenaan.

Pengguna TikTok Luah Rasa Sedih

Video yang telah mendapat lebih 450 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok. Kebanyakannya meluahkan rasa sedih selepas mendengar ucapan bapa pengantin perempuan itu.

Malah, ada juga yang turut meluahkan keinginan untuk mempunyai momen seperti itu namun tidak kesampaian kerana kebanyakannya telah meninggal dunia atau hilang.

Nafkah Bapa Kepada Anak

Untuk info, bapa bertanggungjawab kepada anak dengan menyediakan makan minum, tempat tinggal dan pakaian tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan sebaik sahaja dilahirkan.

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bapa diwajibkan memberi nafkah sehingga anak itu sudah mampu bekerja sendiri.

Namun, jika anak telah bekerja, sekiranya bapa masih lagi memberi nafkah ia jatuh kepada hukum sunat.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Kita Anak Bongsu Satu-Satunya Perempuan, Tak Boleh Bayang Macam Mana La Aku Kahwin Nanti”

“Dia Cakap ’30 Juzuk Dalam Badannya’ Terus Meremang Aku”

“Bestnya Ada Mak Abah Di Sisi Masa Hari Penting”

“Mata Masuk Habuk”

“Bila Nikah Nanti Tiada Babah Disisi”

Baca Artikel Berkaitan: Momen Ayah Minta Izin Nikahkan Satu-Satunya Anak Perempuan Bikin Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Mahu Bebankan Bakal Menantu, Bapa Perempuan Minta Pihak Lelaki Tetapkan Jumlah Hantaran [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.