“Jangan Lupa Pakai Sunscreen” – Dakwa Akan Ke Matahari Guna Kapal Sendiri, Lelaki Disindir Orang Ramai
Lelaki dikenali sebagai Pakcik Man itu mendakwa dia merupakan rakyat Malaysia pertama yang akan menjejakkan kaki ke matahari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dengan penggunaan media sosial yang semakin giat pada masa kini, warganet dilihat berusaha menghasilkan pelbagai konten bagi meraih tontonan dan pengikut yang ramai.
Kadangkala, ada juga yang membuat video ‘aneh’ dan mengeluarkan kenyataan kurang sahih dan tidak masuk akal.
Seperti sebelum ini, seorang lelaki menerusi live di TikTok mendakwa telah naik ke langit dan bertemu dengan Allah SWT. Lelaki tersebut turut mengakui dia ada berbual dengan Allah dan bertemu dengan Malaikat Jibril yang menyamar sebagai orang tua.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Sebar Ajaran Sesat Di TikTok ‘Live’, Siap Mengaku Naik Ke Langit Jumpa Allah [Video]
Lelaki Dakwa Akan Ke Matahari Guna Kapal Yang Dibina Guna
Kenyataan tidak logik yang dikeluarkan oleh orang awam tidak terhenti di situ sahaja. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@chikmansor) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Pakcik Man berkata dia akan pergi ke matahari pada keesokan harinya.
“Besok (15 Julai) pagi Pakcik Man akan bertolak ke matahari dan cipta kapal matahari ni hasil duit poket Pakcik Man sendiri.
“Jadi Pakcik Man akan bertolak ke ke matahari esok dalam pukul 5 pagi. Akan sampai ke matahari dalam masa tak sampai tiga hari,” ujar lelaki tersebut.
Pakcik Man Dakwa Dia Merupakan Rakyat Malaysia Pertama Ke Matahari
Dakwa lelaki itu lagi, dia merupakan individu pertama di Malaysia yang akan menjejakkan kaki ke matahari. Oleh disebabkan itu, dia berkata bahawa penduduk tempatan perlu berbangga dengannya atas ‘pencapaian’ berkenaan.
Kenyataan ini sememangnya mencuri perhatian memandangkan tiada seorang manusia pun lagi yang pernah menjejakkan kaki ke matahari.
Menerusi video tersebut, Pakcik Man kelihatan ‘serius’ dengan setiap perkataan yang dikeluarkan oleh mulutnya.
Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian orang ramai selepas mendapat jumlah tontonan hampir 2 juta setakat artikel ini ditulis.
@chikmansor ♬ bunyi asal – Chik Mansor
Ramai Sindir Kenyataan Pakcik Man Yang Dakwa Pergi Ke Matahari
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat mengeluarkan kata-kata berunsur sindiran bagaikan tidak mempercayai setiap perkara yang diperkatakan oleh Pakcik Man.
“Singgah minum di bulan sekejap saya ada dekat sana,” kata seorang lelaki.
Ada juga segelintir individu yang bertanya sama ada Pakcik Man sudah sampai ke matahari atau belum.
Malah, ada juga yang berseloroh dengan meminta lelaki tersebut untuk bertolak ke matahari dengan kadar segera.
“Gerak awal sikit Pakcik Man, tak (panas) terik sangat nanti,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga meminta Pakcik Man untuk memakai pelindung matahari kerana suhu matahari yang begitu tinggi.
“Pakai sunscreen Pakcik jangan lupa ambil yang SPF1000000,” jelas seorang wanita.
Sebagai info, pada tahun 2014, seorang remaja di Korea Utara dikenali sebagai Hung Il Gong mendakwa dia telah menjejakkan kaki ke matahari. Lebih mengejutkan lelaki berusia 17 tahun itu mendakwa berjaya tiba di sana dalam tempoh empat jam sahaja.
Memetik India Today, berita ‘hoax’ tersebut turut dilaporkan The North Korean Central News.