fbpx
Now Reading
Lelaki Di India Terperangkap Selama 2 Hari Dalam Lif Hospital

Lelaki Di India Terperangkap Selama 2 Hari Dalam Lif Hospital

Menurut Nair, dia telah menekan butang alam kecemasan yang berada pada lif serta menghubungi nombor kecemasan namun tidak ada sesiapa yang datang membuka lif terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan kejadian membabitkan lif di mana-mana bangunan merupakan perkara yang sering berlaku.

Oleh itu, adalah penting bagi setiap pihak pentadbiran bangunan untuk membuat penyelenggaraan secara berkala bagi memastikan ia selamat untuk digunakan orang ramai.

Ini kerana, penyelanggaraan dilakukan dapat mengelakkan daripada berlaku kemalangan tidak diingini yang boelh melibatkan nyawa individu lain.

Lelaki terperangkap dalam lif hospital selama 2 hari

Baru-baru ini, seorang lelaki yang berasal dari India selatan turut berdepan dengan situasi sama apabila terperangkap di dalam lif hospital selama dua hari.

Menurut polis, lelaki yang dikenali sebagai Ravindran Nair berusia 59 tahun itu berkunjung ke hospital yang terletak di Kerala bersama keluarganya pada Sabtu (13 Julai) lalu sebelum disedari hilang.

Dia kemudiannya berjaya diselamatkan selepas tersekat selama dua hari di dalam lif Goverment Medical College Hospital di Thiruvannathapuram.

3 pekerja digantung kerana cuai, lelaki cuba minta bantuan tapi tak didengari sesiapa

Jelas pihak Jabatan Kesihatan Kerala, pada 15 Julai, susulan kes itu tiga pekerja di hospital berkenaan telah digantung kerja kerana cuai.

“Dia telah masuk ke lif berkenaan untuk ke tingkat satu namun ujarnya lif berkenaan tidak turun ke tingkat bawah serta pintu tidak dibuka. Katanya dia telah menjerit untuk meminta tolong namun tidak ada sesiapa yang datang.

“Telefon bimbitnya pula mati,” jelas polis, lapor Independent.

Gagal buat panggilan gara-gara telefon bimbit jatuh dan rosak

Ujar polis lagi, telefon bimbit lelaki berkenaan telah terjatuh dan rosak semasa dia sedang berusaha ingin membuat panggilan untuk meminta bantuan.

Malah dia juga turut menekan butang kecemasan (alam) dan membuat panggilan di nombor kecemasan dan tidak mendapat sebarang respon.

“Saya cuba hubungi nombor kecemasan yang tertera pada lif, namun tidak ada sesiapa yang menjawabnya.

“Alam berbunyi, namun tiada sesiapa yang datang. Selepas beberapa ketika saya memahami ia adalah Sabtu minggu kedua (cuti bank di India) dan hari seterusnya adalah Ahad.

“Maka saya tunggu untuk mendapatkan bantuan,” ujarnya kepada media.

Tak sedar dah berapa lama tersekat dalam lif

Kata Nair lagi dia juga sudah tidak sedar berapa lama dia berada dalam lif berkenaan sehingga pada pagi Isnin lif operator telah datang untuk melakukan rutin kerjanya.

“Kami berdua terpaksa membuka pintu dari dua-dua belah (dalam dan luar) dan saya melompat keluar darinya (lif).”

Ahli keluarga bagaimanapun turut membuat laporan berhubung kehilangannya pada 14 Julai selepas Nair tidak pulang ke rumah.

Anak lelaki kepada Nair iaitu Hari Shankar memaklumkan bapanya terkejut dengan perkara yang menimpanya.

Menteri kesihatan di Veena George pula meminta pihak pentadbiran hospital untuk menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Memetik laporan India Today, Nair difahamkan ke hospital itu untuk membuat rawatan kesihatan.

Baca artikel berkaitan: Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Lif 30 Minit, Bapa Tak Sempat Masuk Pintu Dah Tutup Dengan Cepat [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.