fbpx
Now Reading
Pemuda Gigih Terjemah Bahasa Isyarat Pada Ibu Bapa OKU Ketika Hadiri Ceramah Agama [Video]

Pemuda Gigih Terjemah Bahasa Isyarat Pada Ibu Bapa OKU Ketika Hadiri Ceramah Agama [Video]

Difahamkan ceramah agama yang dihadiri oleh pendakwah Ustaz Abdul Somad itu telah berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Terdapat pelbagai jenis orang golongan Orang Kurang Upaya (OKU), sebagai contoh ada yang mempunyai masalah pendengaran seperti pekak, bisu, tidak boleh berjalan serta banyak lagi.

Meskipun mempunyai kekurangan namun ia tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk meneruskan kehidupan dengan memiliki keluarga, kerjaya dan sebagainya.

Malah ramai individu di luar sana yang sentiasa ingin membantu mereka dalam apa jua keadaan termasuklah ilmu.

Pemuda tarik perhatian ramai ketika di majlis ilmu

Baru-baru ini, seorang pemuda yang juga anak kepada pasangan OKU telah menarik perhatian ramai atas kegigihannya dalam membantu ibu bapa sewaktu berada di majlis ilmu.

Menerusi video yang dimuat naik @Nabilnazirol di TikTok, awalnya kelihatan pemuda yang memakai jubah biru itu sedang berkomunikasi bersama ibu dan bapanya menggunakan bahasa isyarat.

Malah dia menggunakan bahasa tersebut untuk menyampaikan setiap ilmu yang didengari ketika berada di ceramah berkenaan.

Difahamkan ceramah agama yang disampaikan oleh pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad itu telah berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Pemuda terjemah ceramah Ustaz Abdul Somad kepada kedua ibu bapa OKU

Apa yang mencuri tumpuan lagi, turut kelihatan kedua ibu bapanya turut fokus kepada pemuda berkenaan sepanjang dia menterjemahkan ilmu berkenaan dalam bahasa isyarat.

Malah si ibu dilihat menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham apa yang disampaikan oleh anak lelakinya itu.

Ramai terharu dan doakan pemuda ke syurga kerana membantu ibu bapa

Melihat di ruangan komen, ramai yang terharu dengan tindakan lelaki berkenaan kerana berusaha membantu kedua ibu bapanya dalam mendalami ilmu agama dengan menterjemahkannya melalui bahasa isyarat.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakannya ke syurga kerana berbakti kepada kedua ibu bapa.

“Memang syurga tempat kau bang, amin”

“Alahai, comel je ha anaknya tolong mak ayah dia. Banyak pahala kau bang”

“Syurga tempat abang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.