fbpx
Now Reading
Tindakan Penunggang Motosikal Bantu Tunda Motor Kehabisan Minyak Raih Pujian [Video]

Tindakan Penunggang Motosikal Bantu Tunda Motor Kehabisan Minyak Raih Pujian [Video]

Difahamkan, pemuda yang dikenali sebagai Pojie itu membantu penunggang motosikal menunda kenderaannya hingga ke Stesen Minyak Sri Petaling.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu disarankan untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Ia merupakan sifat terpuji dan dituntut dalam agama.

Sebagai manusia, ada hari di mana tidak semua perkara yang dirancang dapat berjalan dengan lancar namun akan ada juga hari yang kita diuji.

Pada ketika inilah, keikhlasan dan keperibadian seseorang diuji ketika melihat seseorang yang ditimpa kesusahan.

Bantu Tunda Penunggang Motosikal

Begitulah yang dialami oleh seorang pemuda apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @pojiesalim_, dia berkongsikan momen ketika membantu seorang penunggang motosikal yang kehabisan minyak ketika berada di lebuh raya.

Difahamkan, insiden itu berlaku ketika pengguna TikTok yang dikenali sebagai Pojie sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah pulang dari tempat kerja.

Pada ketika itu, dia yang dipercayai sedang melalui lebuh raya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) terlihat seorang penunggang motosikal sedang menolak kenderaannya.

Kasihan melihat keadaan penunggang tersebut, pemuda berkenaan mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaannya kerana mahu membantu individu terbabit.

“Time on the way balik kerja, terjumpa orang tolak motor, kesiannya, dengan cuaca panasnya ni.

“Mesti brader (abang) ni mengharapkan bantuan sebab aku pernah rasa apa yang dia rasa,” tulis pemuda berkenaan menerusi video tersebut.

Difahamkan, motosikal milik penunggang itu telah kehabisan minyak.

Mahu Balas Budi Namun Ditolak

Melalui video berkenaan, kedengaran penunggang motosikal terbabit berasa gembira dan berulang kali mengucap terima kasih kepada Pojie atas bantuan yang dihulurkan.

Malah, selepas Pojie menunda motosikal itu hingga ke stesen minyak yang terletak di Sri Petaling, dia turut menawarkan duit minyak kepada penunggang motosikal itu.

Namun, penunggang itu menolak tawaran Pojie sebaliknya dia pula yang menawarkan Pojie untuk sama-sama mengisi minyak sebagai tanda ucapan terima kasih.

Walau bagaimanapun, Pojie menolak dengan baik dan mengatakan bahawa dia baru sahaja mengisi minyak.

Pada akhir video berkenaan, kedengaran penunggang motosikal itu sekali lagi mengucap ucapan terima kasih kepada pemuda itu.

“Bang, terima kasih bang, semoga murah rezeki abang.

Ramai Puji, Ada Juga Yang Turut Berkongsi Pengalaman Sama

Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.9 juta itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna TikTok memuji tindakan Pojie yang sanggup menghulurkan bantuan ketika penunggang motosikal itu menghadapi kesusahan.

Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman sama berhadapan situasi sedemikian.

Malah, ada yang turut bertanyakan cara sebenar menunda motosikal kerana ada di antara mereka yang tidak tahu namun mahu menghulurkan bantuan pada masa akan datang.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Puas Hati Dapat Tolong Orangkan Abang, Kadang Saya Tegur Orang Tongkat Tak Angkat Pun Puas Dia Sampai Ke Rumah”

“Aku Nak Tolong Tapi Tak Pandai Tunda”

“Aku Kadang Nak Tolong Tapi Tak Pandai Towing Motor, Ada Satu Tu Aku Buat, Aku Bagi Dia Yang Bawa Motor Aku”

“Bila Dapat Tolong Orang Gini, Puas Hati Ooo, Kalau Tak Tolong, Tak Lena Tido Weh, Rasa Bersalah Pula”

Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Kira Bangsa, Tindakan Penunggang Motosikal Bergilir-gilir Tunda Motor Rosak Buat Ramai Tersentuh [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.