fbpx

Apa Hukum Tak Hadir Kenduri Kahwin Sebab Tak Ada Duit Atau Hadiah Nak Bagi? Ini Penjelasan UAI [Video]

Ustaz Azhar Idrus juga menasihati orang ramai yang ingin mengadakan majlis kenduri agar tidak menyimpan niat untuk mendapat hadiah daripada para jemputan yang dijemput hadir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, sudah menjadi satu adat untuk para tetamu memberi hadiah atau wang kepada pengantin atau wakilnya ketika menghadiri sesuatu majlis perkahwinan.

Bagaimanapun, tidaklah semua orang yang dijemput ke sesuatu majlis perkahwinan itu mempunyai wang untuk diberikan atau membeli hadiah.

Malah, ada juga individu yang bertindak dengan tidak menghadiri majlis terbabit kerana berasa malu tidak mampu memberi sebarang hadiah atau ‘duit salam kaut’.

Kalau sudah dijemput, wajib pergi kenduri kahwin

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI berkata, hukum menghadiri jemputan majlis kahwin adalah wajib.

“Nabi (Muhammad SAW) kata, barang siapa yang dijemput pada kenduri kahwin, maka hendaklah dia pergi. (Kalau) kita mengaji usul fiqh, peel ‘amal’ asal membawa makna wajib, makna perintah ini wajib hadir,” katanya.

Menurutnya, bahkan dalam Fiqh Imam Syafie juga pendapat yang muktamad adalah wajib pergi sekiranya seseorang dijemput menghadiri majlis perkahwinan.

Tak wajib bagi hadiah atau duit jika hadir kenduri kahwin

Pun begitu, UAI menjelaskan bahawa hukum memberi wang atau hadiah ketika menghadiri majlis kahwin adalah tidak wajib dan hanya sunat semata-mata.

Namun, UAI berkata Islam menggalakkan umatnya untuk saling memberi hadiah dan saling berkasih sayang semasa masyarakat.

“Ikutlah nak bagi duit atau tidak, salam sahaja sudah memadai, sekurang-kurangnya doakan untuk pengantin atau ucap tahniah. Tiada ulamak yang kata wajib bagi duit,” katanya lagi.

Buat kenduri jangan niat nak ambil hadiah dari orang

Dalam pada itu, UAI turut menasihati orang ramai yang ingin mengadakan majlis kenduri agar tidak menyimpan niat untuk mendapat hadiah daripada para jemputan yang dijemput hadir.

“Buatlah kenduri walaupun hanya sebemlih seekor kabing yang kecil, apa tujuan? Tanda syukur kepada Allah kerana dapat suami, dapat isteri atau dapat menantu.

“Jangan niat nak dapat harta orang, takut-takut tak dapat pahala buat kenduri. Jadi kalau orang beri duit atau beri hadiah, hukum menerimanya adalah harus, tapi tidak ada kewajipan untuk memberi,” ujar UAI.

UAI menjelaskan tentang perkara itu selepas diajukan soalan tentang hukum tidak hadir ke kenduri kahwin kerana tiada duit dalam satu majlis kuliyah Maghrib dan sesi soal jawab agama di sebuah masjid baru-baru ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.