“Hargailah Nyawa!” – Lelaki Minta Rider Jangan ‘Duduk’ Rapat Sebelah Lori, Elak Bahaya Berlaku
Menurut seorang lelaki dikenali sebagai Paklong Bagong, tayar lori boleh pecah secara tiba-tiba dan mengundang bahaya kepada penunggang motosikal yang terlalu berdekatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kemalangan jalan raya merupakan satu perkara yang tidak boleh dijangka berlaku. Antara kes yang sering didengari adalah seperti langgar lampu isyarat dan tayar lori pecah yang pastinya mengundang bahaya kepada pengguna jalan yang lain.
Seperti sebelum ini, seorang warga emas dilaporkan maut selepas tayar lori yang dipandu olehnya pecah di Kilometer 367.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan sekitar Slim River.
Kejadian tersebut kemudiannya menjadi punca kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kawasan sama, lapor Sinar Harian.
Penunggang Motor Berteduh Sebelah Lori Tipper
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@paklongbagong) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Paklong Bagong berkongsi situasi dipercayai di satu persimpangan lampu isyarat.
Dalam klip perkongsian itu, kelihatan seorang penunggang motosikal memberhentikan kenderaan dua rodanya begitu rapat dengan sebuah lori tipper yang berada di sebelahnya.
Rider tersebut dipercayai mahu berteduh daripada cuaca panas sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
‘Duduk’ Dekat Dengan Lori Boleh Undang Bahaya
Melihat kepada situasi tersebut, Paklong Bagong menerusi video tersebut memberi peringatan kepada orang ramai khususnya buat para penunggang motosikal untuk tidak ‘duduk’ terlalu rapat dengan lori tipper.
Hal ini kerana, banyak perkara buruk yang boleh berlaku sekaligus mengundang bahaya kepada penunggang. Sebagai contoh, lori tayar secara tiba-tiba boleh pecah dan terkena kepada individu.
Selain itu, penunggang motosikal juga berkemungkinan tertimbus dengan bahan berat seperti pasir, tanah dan batu sekiranya ‘lock’ tipper tersebut patah.
“Agak-agak macam mana keadaan korang semua? Dan tiba-tiba lock tipper ni patah, agak-agak korang tak tertimbus ke? Benda ni tak mustahil, ia boleh terjadi. Masa ia berjalan pun hidraulik dia boleh tiba-tiba ternaik tipper ni.
“Jadi berhati-hatilah. Kepada pengguna-pengguna motor, hargailah nyawa anda!” ujar Paklong Bagong.
@paklongbagong #ingat #mengingati #nyawa #tiada #sparepart #fyp #fypシ゚viral #fypage #foryou #foryoupage #foryoupageofficiall #foryoupage❤️❤️ #viral #viralvideo #virall #abgtruckers #pilotdarat #pilotdaratmalaysia #pilotdaratberantai #budakportklang #budakklang ♬ bunyi asal – @Paklong_Bagong
Orang Ramai Luah Rasa Risau Jika Berdepan Dengan Situasi Tayar Lori Pecah
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat bersetuju dengan setiap yang diperkatakan oleh Paklong Bagong.
“Tukang rekod ni cakap betul. Risau tayar tu tiba-tiba pecah ke apa. Tak boleh bayangkan. Aku sanggup tunggu depan atau belakang lori dari tunggu sebelah macam tu,” ujar seorang wanita.
Malah, ramai juga pengguna jalan raya berkata mereka berasa bimbang untuk meletakkan kenderaan berdekatan dengan lori.
“Saya naik kereta pun takut kalau dekat traffic light ada lori. Takut betul kalau terpaksa berhenti sebelah lori, takut tayar dia meletup,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, seorang individu turut berkongsi pengalamannya apabila pernah berdepan dengan tayar lori meletup di jalan raya.
“Saya cukup takut kalau duduk tepi lori. Sebab pernah nampak tayar lori meletup. Syukur masa tu tak ada kenderaan dekat tepi. Saya (kenderaan) kedua belakang lori. Seram tengok,” jelas seorang netizen.