fbpx
Now Reading
Lelaki Acu Pistol Tiruan Di Lampu Isyarat Ditahan, Rupanya Positif Dadah [Video]

Lelaki Acu Pistol Tiruan Di Lampu Isyarat Ditahan, Rupanya Positif Dadah [Video]

Suspek yang positif dadah jenis methamphetamine itu telah mengacukan sepucuk pistol di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, pelbagai insiden tidak diingini berlaku di tempat awam dan dibimbangi boleh merisikokan keselamatan orang ramai yang berada di kawasan sekeliling.

Lebih membimbangkan lagi apabila individu yang terlibat berada di bawah pengaruh bahan-bahan terlarang sehingga menyebabkan mereka berada pada keadaan separa sedar.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lelaki Diikat & Dipukul Hingga Maut, Polis Dedah Mangsa Positif Dadah

Baca Artikel Berkaitan: “Disyaki Anak Penagih Dadah” – Staf AADK Temui Budak Lelaki Tidur Sebelah Timbunan Sampah

Situasi ini juga dipercayai telah berlaku kepada seorang lelaki ketika sedang menunggang sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat.


Individu Berjaket Hitam Acu Pistol Di Jalan Raya

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman X (@mynewshub), seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal jenis Honda C70 dilihat secara tiba-tiba mengacukan sepucuk pistol berwarna hitam di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Kejadian yang berlaku pada siang hari di Jalan Sultan Mohamad itu dipercayai melibatkan senjata api tiruan.

Memetik laporan Kosmo, lelaki yang berjaket hitam itu dilihat mengarah kenderaan lain agar memberikan laluan kepadanya meskipun lampu isyarat pada jalannya berwarna merah.

Dia juga dilihat telah memberhentikan kenderaan di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat sambil mengacukan pistol ruang udara sebelum meneruskan perjalanan.


Lelaki Terbabit Ditahan Pihak Polis

Lelaki berusia 26 tahun itu walau bagaimanapun telah berjaya ditahan semalam (18 Julai) di Kampung Ladang Sehat, Kuala Terengganu, Terengganu sekitar jam 1:30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noorsuspek berkata suspek telah mengakui tindakan yang dilakukannya dan mendedahkan tentang senjata tiruan yang digunakan ketika insiden berkenaan.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, siasatan yang dilakukan seterusnya membawa kepada penangkapan suspek. Serbuan berjaya menemukan sepucuk pistol disyaki tiruan bercetak De In Israel.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor.

Hasil siasatan mendapati bahawa suspek berada di bawah pengaruh dadah selepas ujian air kencing menunjukkan keputusan positif dadah jenis methamphetamine.

Pembantu kedai makan yang berasal dari Ranau, Sabah itu turut memiliki satu rekod jenayah melibatkan kes mencederakan orang lain.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.