fbpx
Now Reading
Malakat Mall Umum Tutup Operasi Premis Fizikal Mulai 31 Julai, Fokus Pasaran Secara Dalam Talian

Malakat Mall Umum Tutup Operasi Premis Fizikal Mulai 31 Julai, Fokus Pasaran Secara Dalam Talian

Namun, Pengasas Malakat Mall menjelaskan syarikatnya tetap akan beroperasi dalam skala kecil dengan beberapa perniagaan dipindah dan dikekalkan di beberapa lokasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecanggihan teknologi pada masa kini diakui sememangnya banyak memudahkan kehidupan manusia.

Antara perubahan yang paling ketara adalah proses jual beli barang dan perkhidmatan dapat dilakukan secara atas talian malah kebanyakan peniaga sudah mula beralih ke platform digital dalam memasarkan produk mereka.

Umum Tutup Premis Fizikal, Beri Fokus Sepenuhnya Perniagaan Dalam Talian

Terbaharu, Pusat Beli Belah Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya akan ditutup mulai 31 Julai ini. Perkara itu diumumkan menerusi akaun Facebook rasmi, Malakat Mall.

Menurut pengasasnya Mohd Fadzil Hashim, penutupan pusat beli belah yang telah beroperasi selamat empat tahun itu adalah bertujuan bagi meneroka model perniagaan yang baru.

“Imej Pasar mesra Muslim dan mesra usahawan adalah imej Malakat Mall yang tidak akan berhenti di sini dan mesti diteruskan dalam apa jua bentuk yang bersesuaian.

“Kami akan bina kekuatan asas kumpulan kami dengan memberi fokus kepada sistem dalam talian,” tulisnya.

Jelasnya lagi, segala perniagaan peruncitan seperti busana, aksesori, alat tulis, buku dan perhiasan akan beroperasi sepenuhnya di laman web rasmi mereka.

“Unit peruncitan pula akan berpindah 100% kepada perniagaan secara atas talian bagi jualan pelbagai barangan seperti busana, aksesori, alat tulis, buku serta perhiasan di laman web Malakat,” katanya.

Namun, Fadzil menjelaskan syarikatnya tetap akan beroperasi dalam skala kecil dengan beberapa perniagaan dipindah dan dikekalkan di beberapa lokasi.

“Perniagaan makanan & minuman (F&B) akan berpindah ke dalam bangunan Casa De Madani yang akan diubah menjadi Restoran ‘Rumah Makan’ yang lebih sesuai dan selesa untuk warga Cyberjaya dan sekeliling menikmati menu istimewa tempatan dan luar negara.

“Manakala, kedai Malakat Grocer akan hanya dikekalkan operasi di Taman Kosas, Ampang,” tulisnya lagi.

Adakan Jualan Sempena Penutupan Premis, Bantu Ahli Koperasi Beli Saham

Pada masa yang sama, sempena penutupan premis fizikal, pihak Malakat Mall bakal mengadakan Penjualan Penutupan Malakat Mall dengan diskaun aset-aset sehingga 70% mulai Sabtu (20 Julai) ini.

Malah, Fadzil juga turut memberi jaminan akan membantu ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) untuk membeli saham ahli-ahli lain yang ingin menjual semula syer mereka.

“KoPPIM tetap kekal sebagai koperasi strategik yang mana jika digembleng kekuatannya secara betul akan berjaya menjadi pembina ekonomi Ummah,” jelasnya.

Penutupan Premis Fizikal Malakat Mall Cyberjaya dan Meneroka Perniagaan Sistem Dalam Talian Assalamualaikum WBT. Kepada…

Posted by Malakat Mall on Thursday 18 July 2024

Untuk info, Malakat Mall merupakan kompleks membeli belah Muslim yang pertama di Malaysia dan mula beroperasi pada 13 Mac 2020.

Ia yang terletak di Cyberjaya itu bertindak sebagai platform bagi mengumpulkan usahawan Muslim dan membantu meningkatkan ekonomi mereka.

Malah, Malakat Mall dilihat sebagai satu usaha untuk mengubah sistem ekonomi kapitalis kepada sistem Islam yang lebih adil dan bebas riba.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.