
“Tak Miskin Kongsi Rezeki Ni” – Owner Restoran Beri Diskaun 91% Kepada Pelanggan Setia Raih Pujian [Video]
Pemilik restoran dikenali sebagai Abang Sudu berkata, pakcik tersebut selalu datang ke kedainya dan membelanja rakan-rakan yang lain makan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seperti yang kita tahu, ramai di kalangan warga Malaysia yang mempunyai sikap pemurah dan sentiasa menghulurkan sedekah kepada golongan masyarakat. Tidak kiralah dalam bentuk wang, harta benda, makanan atau sebagainya.
Ramai juga di antara kita yang selalu mengamalkan konsep, “Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.”
Perkara tersebut bukan sahaja akan memudahkan urusan orang lain, bahkan ia juga akan membuatkan pihak yang menerima berasa gembira dan bersyukur.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Baik Hati Belanja Makan Selepas Lihat Sekumpulan Kanak-kanak ‘Tongtong’ Nak Beli Makanan Di Kafe
Pakcik Selalu Belanja Rakan-rakan Makan Di Restoran BangSudu
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@bangsuduu2) menyaksikan seorang pelanggan setia Restoran BangSudu berkunjung ke kedai makan tersebut untuk menikmati juadahnya.
Menurut pemilik kedai makan yang mesra dikenali sebagai Abang Sudu, pakcik tersebut sering berkunjung kedainya dan membawa rakan-rakan yang lain datang bersama.
Bukan itu sahaja, pakcik berkenaan juga dikatakan tidak berkira untuk selalu membelanja kawan yang lain makan di sana. Oleh disebabkan itu, Abang Sudu tergerak hati untuk membalas semula kebaikan pakcik itu.
Pemilik Kedai Makan Beri Diskaun 91% Kepada Pakcik
Apabila sudah kira keseluruhan bil lelaki tersebut, Abang Sudu berkata bahawa caj dikenakan adalah sebanyak RM89.10.
Sewaktu pakcik tersebut mahu membuat bayaran, Abang Sudu secara spontan meminta pelanggannya untuk memeriksa baki peratus bateri telefon bimbit yang tinggal.
Memandangkan baki bateri pakcik adalah sebanyak 91%, Abang Sudu telah memberikannya diskaun makan dengan jumlah peratusan yang sama. Jumlah akhir yang perlu dibayar oleh pelanggan itu hanyalah sebanyak RM8.02 sahaja!

Tidak sangka dengan perkara tersebut, pakcik berkenaan dilihat tergamam kerana Abang Sudu memberikan diskaun yang begitu banyak kepadanya.
Di akhir perkongsian, pakcik itu turut menzahirkan ucapan terima kasih selain berkata dia akan membawa rakan-rakannya lagi untuk makan di restoran tersebut.
@bangsuduu2 Selalu sangat uncle ni buat macam ni, so harini turn saya 🥹 #fyp #foryou #suduada ♬ original sound – Bangsudu
Orang Ramai Puji Sikap Abang Sudu Yang Berkongsi Rezeki
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji BangSudu kerana berkongsi rezeki dengan pelanggan tetapnya.
“Moga rezeki Abang Sudu dan seluruh team semakin melimpah ruah dan berkat serta dapat menggembirakan lebih ramai orang,” kata seorang individu.
Malah ada yang berseloroh dengan berkata orang dewasa selalu memastikan telefon mereka mempunyai peratus bateri yang penuh kalau nak ke mana-mana.
“Telefon bapak aku memang takkan kurang dari 80%,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga individu berasa sebak melihat pakcik yang terkedu dengan diskaun ‘kaw-kaw’ tersebut.
“Dia punya terkejut dan clueless tu, sayu aku tengok. Rezeki dia baik, orang sekeliling dia pun baik-baik,” jelas seorang pengguna TikTok.


















Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: 2 Kali Datang Kedai, Tindakan Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan Raih Pujian Netizen